BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha pada Selasa mengarahkan pihak berkuasa berkaitan mengkaji sijil vaksin COVID-19 untuk pengembara antarabangsa dalam usaha memulihkan industri pelancongannya yang terjejas teruk akibat pandemik itu.
"Thailand akan memantau keberkesanan dan impak vaksin COVID-19 dalam membendung penularan virus itu.
"Saya telah mengarahkan Kementerian Luar dan Kementerian Kesihatan Awam untuk menjalankan kajian supaya kita boleh bersedia dan bekerja selari dengan negara lain," katanya dalam hantaran di laman Facebook.
Media tempatan melaporkan bahawa pihak berkuasa terbabit akan bermesyuarat minggu depan bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenai sijil atau pasport vaksin yang membuktikan bahawa seseorang pelancong telah mendapat vaksinasi lengkap selain persediaan bagi kuarantin kepada mereka yang memasuki Thailand dengan pasport vaksin.
Isnin lalu, Menteri Pelancongan Pipat Ratchakitprakarn berharap pelancong dengan pasport vaksin akan dapat mengurangkan tempoh kuarantin wajib daripada 14 hari kepada tiga hari.
Berbekalkan pasport vaksin, beliau berkata Thailand mampu menyambut ketibaan sekurang-kurangnya 5 juta pelancong ke negara itu pada tahun ini.
Thailand hanya menerima sejumlah 6.7 juta pelancong asing tahun lepas, kebanyakannya pada suku tahun pertama sebelum larangan perjalanan dikenakan pada April berbanding hampir 40 juta ketibaan pada 2019.
Sementara itu, Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Thailand mendedahkan bahawa firma bioteknologi Amerika Syarikat iaitu Moderna Inc akan memfailkan penggunaannya bulan ini.
Setakat ini, FDA Thailand telah meluluskan penggunaan kecemasan dua vaksin COVID-19 iaitu AstraZeneca dan Sinovac dari China.
Sementara itu, Thailand merekodkan 42 kes baharu COVID-19 dan satu kematian semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu setakat ini ialah sebanyak 26,073 kes dengan 84 kematian.
Kes kematian itu membabitkan seorang lelaki warga emas berusia 92 tahun dari wilayah Pathum Thani yang mempunyai masalah kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021

Menteri Pelancongan Pipat Ratchakitprakarn berharap pelancong dengan pasport vaksin akan dapat mengurangkan tempoh kuarantin wajib daripada 14 hari kepada tiga hari. - Foto fail

AWANI Ringkas: Kadar R-Naught meningkat lagi | Tujuh pelajar Maktab Mahmud positif Covid-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kereta terbabas langgar pokok, 3 maut
Kemalangan tersebut mengakibatkan kenderaan terbabit remuk dan terputus dua bahagian.

Vaksin COVID-19: Golongan pendidik diberi keutamaan
Golongan pendidik dianggap sebagai kumpulan utama selepas majlis bandaraya mendesak agar sekolah dibuka semula.

Sekolah di tujuh daerah PKP di Kelantan ditutup
Menerusi satu surat pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, semua murid yang tinggal di asrama pula perlu kekal berada di asrama.

'Sindiket judi online cuba hidup kembali'
Polis tidak menolak kemungkinan sindiket perjudian dalam talian cuba menghidupkan kembali kegiatan haram mereka selepas sekian lama.

The Rock imbas momen diberi peluang kedua yang mengubah hidupnya
Johnson berkongsi klip dari rancangan televisyen 'Young Rock', yang memberi penghormatan kepada mendiang jurulatihnya.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [18 April 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [18 April 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900352/16572287431618706784070_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [18 April 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hafizi Rosli dan Nursyazwani Saiful Sham.

Duit modal lesap terpedaya tawaran niaga kuih raya
Polis menerima tiga laporan polis yang melibatkan modus operandi yang sama di Balai Polis Kulai.

Mayat lelaki hilang ditemui terapung
Pencarian kehilangan seorang pemuda akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui di sungai, perairan kampung Indera Sabah, Tawau.

Seludup 3,000 telur penyu waktu Tarawih
Seorang lelaki Filipina diberkas selepas dipercayai cuba menyeludup kira-kira 3,000 biji telur penyu di perairan Nunuyan Darat.

COVID-19: Thailand catat 1,547 kes baharu, dua kematian
Thailand merekodkan 1,547 kes baharu COVID-19 dan dua kematian dalam tempoh 24 jam lepas yang menjadikan jumlah jangkitan di negara itu sebanyak 40,585 kes serta 99 kematian.

Thailand resah, kes COVID-19 tiba-tiba semakin banyak
Pihak kerajaan dan rakyat negara itu menyedari bahawa mereka sedang berdepan penularan gelombang ketiga.

Umat Islam di Thailand mula berpuasa esok
Umat Islam di Thailand mula berpuasa esok, menurut Pejabat Sheikhul Islam Thailand.

Thailand promosikan Phuket sebagai lokasi selam skuba
'Projek Selamatkan Laut - Phuket' dianjurkan bagi mempromosikan pelancongan mampan dan mewujudkan kesedaran dalam penjagaan marin.

COVID-19: Thailand catat kes harian tertinggi
Thailand pada Ahad mencatat 967 kes baharu COVID-19 yang merupakan angka tertinggi sejak penularan virus itu pada Januari tahun lepas.

Rakyat Thailand sanggup lupakan sambutan Songkran gara-gara COVID-19
Rata-rata rakyat Thai lebih bimbang pada trend penularan COVID-19 yang menunjukkan peningkatan.

Kes COVID-19 terus meningkat di Thailand, vaksin tambahan 1 juta dos tiba
Thailand mencatat 789 kes baharu COVID-19 dengan satu kematian dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu setakat ini ialah 31, 658 dan 97 kematian.

Suami isteri ditemui mati dalam rumah teres di Bangsar
Hasil pemeriksaan dalam rumah teres tiga tingkat itu, ejen berkenaan menemui pasangan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik tidur sebelum menghubungi polis.

Pemandu maut kontena rempuh pondok kawalan
Kenderaan berat yang dipandu mangsa gagal dikawal lalu merempuh sebuah pondok kawalan di sebuah gudang di Taman Perindustrian, Bukit Kayu Hitam.

COVID-19: Thailand kesan kluster penjara, 112 positif di Narathiwat
Sejumlah 112 individu termasuk banduan dan pegawai penjara di Narathiwat, Thailand telah diuji positif COVID-19.