awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Thailand Srettha akan hadir Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun

Bernama
Bernama
13/12/2023
21:20 MYT
PM Thailand Srettha akan hadir Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun
Sidang kemuncak yang akan dihadiri Srettha itu akan membincangkan langkah kehadapan dalam memajukan Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-Jepun. - Foto fail/BERNAMA
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan melakukan lawatan kerja ke Tokyo Jepun dari 14 hingga 18 Disember untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun sempena ulang tahun ke-50 persahabatan dan kerjasama.
Kementerian Luar Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sidang kemuncak itu akan membincangkan langkah kehadapan dalam memajukan Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-Jepun dan melakar hala tuju masa depan kerjasama ASEAN-Jepun.
Selaku negara penyelaras bagi Hubungan Dialog ASEAN-Jepun, Thailand telah memainkan peranan penting dalam menyelaras dan mempromosi bidang kerjasama baharu selain menggalakkan penglibatan Jepun dalam pembangunan ekonomi mampan di Thailand dan rantau ini.
"Semasa lawatan itu, perdana menteri juga akan mengadakan beberapa pertemuan penting, termasuk pertemuan dengan Maharaja dan Maharani Jepun, pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Jepun, Kishida Fumio serta perbincangan dengan pegawai peringkat tinggi daripada agensi-agensi kerajaan Jepun," menurut kenyataan itu.
Selain itu, Srettha juga akan bertemu eksekutif syarikat Jepun dalam industri automotif dan industri sasaran yang lain.
Srettha dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Parnpree Bahiddha-Nukara turut dijadual menyampaikan ucaptama di Forum Pelaburan Thailand-Jepun anjuran Lembaga Pelaburan Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sidang kemuncak
#ASEAN
#Jepun
#Srettha Thavisin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan