awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM UK jangkakan perusuh dijatuhi hukuman menjelang akhir minggu ini

Bernama
Bernama
07/08/2024
06:30 MYT
PM UK jangkakan perusuh dijatuhi hukuman menjelang akhir minggu ini
Penunjuk perasaan sayap kanan mengadakan protes menentang kebanjiran migran di seluruh negara selepas laporan yang tidak disahkan mendakwa bahawa penyerang di Southport merupakan seorang pelarian. - Foto AP
MOSCOW: Perdana Menteri United Kingdom Keir Starmer berkata beliau menjangka mereka yang ditangkap kerana terlibat dalam rusuhan yang berlaku selepas serangan tikaman di bandar Southport akan dijatuhi hukuman menjelang akhir minggu ini, lapor Sputnik.
Lebih 400 penunjuk perasaan ditahan berhubung protes terhadap serangan di Southport pada 29 Julai yang menyebabkan tiga kanak-kanak maut dan beberapa lagi cedera.
Starmer berkata beliau menjangkakan "hukuman substantif sebelum akhir minggu ini", menurut laporan Sky News.
"Ia seharusnya memberi mesej yang sangat kuat kepada sesiapa yang terlibat, sama ada secara langsung atau dalam talian, bahawa anda mungkin akan dihadapkan dalam masa seminggu dan tiada sesiapa yang patut melibatkan diri dalam kekacauan ini," kata perdana menteri itu seperti dipetik oleh penyiar pada Selasa.
Penunjuk perasaan sayap kanan mengadakan protes menentang kebanjiran migran di seluruh negara selepas laporan yang tidak disahkan mendakwa bahawa penyerang di Southport merupakan seorang pelarian.
Penyerang kemudian dikenal pasti sebagai seorang remaja lelaki dari Wales berketurunan Rwanda.
Serangan berlaku pada 29 Julai, mengakibatkan kematian tiga kanak-kanak dan kecederaan kepada beberapa yang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rusuhan United Kingdom
#Perdana Menteri UK
#Keir Starmer
#dijatuhi hukuman
#Southport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan