awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' ditahan - Bukit Aman
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM UK rombak kabinet, beri fokus pembangunan pasca COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2021
23:55 MYT
PM UK rombak kabinet, beri fokus pembangunan pasca COVID-19
Liz Truss kelihatan keluar dari 10 Downing Street, di London, 15 Sept, 2021. Liz Truss menggantikan Dominic Raab sebagai Menteri Luar dalam rombakan kabinet oleh PM Boris Johnson. (Foto AP)
PERDANA Menteri Britain pada Rabu merombak barisan menteri kanan kabinet dengan melantik Menteri Luar wanita pertama daripada partinya.
Rombakan diumum Boris Johnson ketika kerajaannya perlu menumpukan kepada usaha menangani ketidaksamarataan pasca COVID-19.
Menamatkan ketidaksamarataan wilayah merupakan kunci agenda yang ditetapkan pada 2019.
Ikrar itu dibuat Johnson ketika memenangi undi majoriti Parlimen parti konservatif terbesar sejak Margaret Thatcher.
Namun, isu itu tenggelam susulan wabak COVID-19 dan dakwaan ketidakcekapan menteri yang dilantiknya.
Menteri Luar, Dominic Raab digantikan dengan bekas menteri perdagangan Liz Truss.
Tindakan ini disifatkan salah satu langkah memulihkan semula imej kerajaan.
"Kabinet yang saya lantik hari ini akan berusaha dengan gigih menyatu dan meningkatkan kesamarataan seluruh negara. Kami akan membangun dengan lebih baik akibat daripada wabak ini dan mengutamakan kepentingan anda.
"Sekarang mari kita teruskan kerja," kata Johnson di Twitter.
United Kingdom | PM Johnson rombak Kabinet
Dua lagi menteri yang mengekalkan portfolio mereka adalah Menteri Kewangan Rishi Sunak dan Menteri Hal Ehwal Brexit David Fros.
Truss merupakan individu dengan profil tinggi di Parti Konservatif.
Beliau memainkan peranan menyelesaikan perjanjian perdagangan sejak Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).
Beliau adalah wanita kedua berkhidmat sebagai Menteri Luar selepas Margaret Beckett yang memegang jawatan itu dari tahun 2006 hingga 2007.
Raab diturunkan ke Kementerian Kehakiman dan bagi meredakan ketegangan, beliau turut dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Boris Johnson
#rombakan kabinet
#Menteri Luar wanita pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan