Poland tahan 130 pendatang selepas temui terowong dari Belarus

Sebuah terowong yang digunakan pendatang untuk menyeberang dari Belarus ke Poland, menurut pihak berkuasa, dilihat berhampiran Narewka, Poland, 12 Dis 2025. REUTERS
WARSAW: Pengawal sempadan Poland berkata mereka menemui sebuah terowong yang digunakan untuk menyeludup pendatang melalui bawah tanah dari Belarus ke Poland, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Terowong digunakan untuk menyeludup pendatang dari Belarus ke Poland ditemui oleh Pengawal Sempadan Poland.
- Lebih 130 pendatang ditahan dan dua suspek penyeludup manusia ditangkap, termasuk seorang lelaki Poland dan seorang warganegara Lithuania.
- Kebanyakan pendatang yang ditahan adalah warga Afghanistan dan Pakistan, dan terowong itu digunakan oleh sekurang-kurangnya 180 orang untuk memasuki Poland dan Kesatuan Eropah.
Kebanyakan pendatang yang ditahan adalah warga Afghanistan dan Pakistan, namun turut terdapat individu dari negara lain, termasuk India, Bangladesh dan Nepal.
Terowong itu yang sepanjang beberapa puluh meter dan berketinggian kira-kira 1.5 meter, mempunyai pintu masuk tersembunyi di kawasan berhutan di bahagian Belaru, dengan pintu keluar di bahagian Poland terletak kira-kira 10 meter dari penghadang sempadan.
Pengawal sempadan berkata terowong itu ditemui menggunakan peralatan pengesanan elektronik.
Siasatan mendapati terowong itu digunakan sekurang-kurangnya 180 orang untuk memasuki Poland, dan seterusnya, Kesatuan Eropah.
Menurut Pengawal Sempadan, tiga lagi terowong di bawah sempadan Poland-Belarus ditemui setakat tahun ini.
Poland berulang kali menuduh Belarus sengaja mengatur pergerakan pendatang dari kawasan bergolak ke sempadan luar Kesatuan Eropah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


