awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Afrika Selatan temukan mayat bekas juara dunia lompat tinggi dengan kesan tembakan

Bernama
Bernama
04/07/2024
02:40 MYT
Polis Afrika Selatan temukan mayat bekas juara dunia lompat tinggi dengan kesan tembakan
Aksi Jacques Freitag ketika memenangi acara lompat tinggi lelaki pada Kejohanan Olahraga Dunia di Stade de France, Saint Denis, Paris, 25 Ogos 2003. - Gambar fail AP
CAPE TOWN: Polis Afrika Selatan pada Rabu mengesahkan penemuan mayat bekas juara dunia lompat tinggi Jacques Freitag dengan kesan beberapa tembakan, yang dilaporkan hilang bulan lepas.
Freitag, 42, yang dilaporkan hilang selama dua minggu ditemukan dengan beberapa kesan tembakan, menurut laporan berita tempatan.
Polis mengesahkan kepada Xinhua bahawa kes orang hilang telah dilaporkan oleh adik Freitag pada 24 Jun selepas "dia menyedari abangnya hilang ketika melawat rumahnya di Witbank pada 16 Jun 2024".
"Freitag memberitahu keluarga bahawa dia akan pergi ke Pretoria dan memberikan alamat rumah tamu tempat dia akan menginap," menurut polis.
Mayatnya dilaporkan ditemukan di kawasan berumput berhampiran tanah perkuburan pada petang Isnin di Pretoria West, Afrika Selatan.
Polis juga mengesahkan bahawa kes orang hilang kini telah ditukar kepada kes pembunuhan.
"Penemuan ini dibuat oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Perkhidmatan Polis Afrika Selatan (SAPS) yang menjalankan operasi mencari mangsa yang hilang," kata polis.
"Keluarga si mati telah mengenal pasti mayat berkenaan. Tiada siapa yang ditahan setakat ini tetapi polis sedang mengikuti petunjuk yang ada."
Freitag merupakan antara beberapa atlet yang memenangi kejuaraan dunia pada peringkat remaja, junior dan senior. Beliau meraih pingat emas dalam acara lompat tinggi di Kejohanan Dunia 2003 di Paris.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas juara dunia lompat tinggi
#tembakan
#Jacques Freitag
#Afrika Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan