awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Israel dedah wanita berusia 70-an ada cubaan bunuh Benjamin Netanyahu

Agensi
Agensi
23/07/2025
22:10 MYT
Polis Israel dedah wanita berusia 70-an ada cubaan bunuh Benjamin Netanyahu
Polis Israel mendedahkan maklumat mengenai satu cubaan pembunuhan terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang didakwa dirancang oleh seorang wanita berusia lingkungan 70-an. - Gambar fail Reuters
TEL AVIV : Polis Israel mendedahkan maklumat mengenai satu cubaan pembunuhan terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang didakwa dirancang oleh seorang wanita berusia lingkungan 70-an.
Menurut unit jurucakap polis Israel, wanita tersebut merupakan penunjuk perasaan anti-kerajaan yang dikenali dan didakwa telah menyuarakan hasrat untuk membunuh Netanyahu.
Wanita itu dilaporkan telah mendekati beberapa aktivis lain bagi mendapatkan senjata dan turut bertanya mengenai susunan keselamatan melibatkan Perdana Menteri.
Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mendedahkan bila kejadian itu dipercayai berlaku.
Kes tersebut kini telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara Israel untuk siasatan lanjut.
Ketua pembangkang, Yair Lapid, turut mengecam cubaan tersebut.
“Saya mengutuk sekeras-kerasnya cubaan pembunuhan ini. Tindakan undang-undang sepenuhnya perlu diambil terhadap sesiapa sahaja yang cuba atau akan cuba mencederakan beliau,” katanya dalam satu kenyataan.
Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang maklumat lanjut berhubung motif, keadaan suspek atau sama ada ancaman itu masih wujud. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#polis Israel
#cubaan bunuh Netanyahu
#Penunjuk perasaan
#Benjamin Netanyahu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami