awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri MICE raih anggaran impak ekonomi RM1 bilion pada 2025
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kenal pasti 16 lagi mangsa kebakaran bar di Crans-Montana

Bernama
Bernama
04/01/2026
14:52 MYT
Polis kenal pasti 16 lagi mangsa kebakaran bar di Crans-Montana
Setakat ini, 24 mangsa yang maut telah dikenal pasti, termasuk yang dikenal pasti pada Sabtu. - AP
GENEVA: Polis kanton Valais di Switzerland pada Ahad memaklumkan bahawa pihaknya telah mengenal pasti 16 lagi mangsa yang maut dalam kebakaran sebuah bar di Crans-Montana pada malam ambang Tahun Baharu, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan, polis berkata susulan kejadian itu, "16 lagi mangsa telah dikenal pasti dan mayat mereka diserahkan kepada keluarga masing-masing."
Pihak berkuasa berkata mangsa terdiri daripada empat wanita warga Switzerland berusia 18 tahun, dua berusia 15 tahun dan seorang berusia 14 tahun; enam lelaki warga Switzerland berusia 31, 20, 18, 17 serta dua orang berusia 16 tahun; dua warga Itali berusia 16 tahun; seorang individu berusia 16 tahun yang memiliki dua kewarganegaraan (Itali dan Emiriah Arab Bersatu); seorang warga Romania berusia 18 tahun; seorang warga Perancis berusia 39 tahun; serta seorang warga Turkiye berusia 18 tahun.
Setakat ini, 24 mangsa yang maut telah dikenal pasti, termasuk yang dikenal pasti pada Sabtu, menurut polis. Antara mereka ialah enam wanita warga Switzerland berusia 24, 22, 21 (dua orang), 18 dan 16 tahun, serta dua lelaki Switzerland berusia 18 dan 16 tahun.
Kenyataan itu menambah bahawa proses pengecaman mangsa lain, sama ada yang maut mahupun cedera sedang dijalankan, sambil menyatakan sebarang maklumat baharu akan dimaklumkan "secepat mungkin."
Polis berkata tiada maklumat tambahan akan dikeluarkan buat masa ini bagi menghormati keluarga mangsa.
Menurut kenyataan itu, operasi pengecaman dijalankan oleh Polis Kanton Valais, pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) dan Institut Perubatan Forensik.
Kebakaran di bar berkenaan mengorbankan 40 orang dan mencederakan 119 yang lain, kata pegawai.
Pada Sabtu, polis Valais memaklumkan siasatan jenayah telah dibuka terhadap dua pengurus bar berhubung kebakaran maut itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa korban
#kebakaran bar
#Crans-Montana
#tahun baharu
#Switzerland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan