MAYAT bintang Glee, Naya Rivera yang hilang di Tasik Piru, Los Angeles ditemui pada Isnin.

Perkara itu disahkan Sheriff Ventura, Bill Ayub pada satu sidang media.

"Kami yakin mayat yang kami temui itu adalah Naya Rivera," jelasnya.

Mayatnya ditemui di permukaan tasik dengan kira-kira 11 hingga 18 meter kedalaman.

Rivera juga dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan ketika kejadian.

Mayat pelakon itu sudah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat.

BACA: Demi Lovato, rakan-rakan Glee harap Naya Rivera ditemui dengan selamat

BACA: Naya Rivera hilang: Tasik Piru ditutup bagi meneruskan operasi pencarian

BACA: Pelakon Glee Naya Rivera hilang di tasik, anak 4 tahun terbiar atas bot

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati tiada tanda-tanda dikesan yang menunjukkan dia mati kerana membunuh diri.

Rivera, 33 tahun, sebelum ini dikhuatiri lemas selepas hilang di tasik berkenaan pada Rabu lepas.

Dia dilaporkan menyewa sebuah bot dan turut bersama dengannya ketika kejadian, anak lelaki pelakon itu berusia empat tahun.

BACA: Polis temui mayat di Tasik Piru, tempat Naya Rivera hilang

BACA: Polis tolak dakwaan Naya Rivera cuba bunuh diri

BACA: Naya Rivera mungkin diseret ke dalam pusaran air

Bagaimanapun, kanak-kanak itu ditemui sedang tidur dan selamat dalam bot berkenaan.

Ketika ini, polis belum dapat memberikan penjelasan kejadian sebenar menimpa Rivera.

Kanak-kanak itu dilaporkan memberitahu penyiasat bahawa ibunya telah menolaknya masuk ke bot, namun, Rivera gagal untuk berbuat demikian.