MADRID: Penguatkuasa Awam Sepanyol dan polis wilayah Navarre di utara negara itu pada Rabu mengesahkan mereka berjaya mengesan sebuah ladang ganja haram terbesar di Eropah, lapor Xinhua.
Ladang itu ditemui di antara bandar Artajona dan Olite di Navarre, seluas 67 hektar dan mengandungi hampir 415,000 pokok tumbuhan itu.
Pemilik ladang berkata ia mengeluarkan rami untuk kegunaan industri. Bagaimanapun, penyiasat berasa curiga apabila melihat destinasi akhir tumbuhan itu adalah ke negara seperti Switzerland dan Itali, di mana tumbuhan itu boleh diproses untuk menghasilkan kanabis (CBD).
Dalam operasi itu, tiga suspek ditahan kerana mengendalikan sebuah gudang besar di Artajona, dilengkapi sistem pengudaraan dan kawalan suhu untuk mengeringkan tanaman itu.
Anggota polis memintas sebuah trak yang hendak berlepas ke Itali membawa 23,000 pokok ganja kering, manakala kira-kira 13,000 pokok ditemui di dalam gudang itu.
Polis berkata semua tanaman itu dimusnahkan, termasuk pokok yang masih hidup di ladang itu, dengan nilai anggaran sekitar 30 juta euro selepas diproses menjadi CBD.
--BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
Semua tanaman itu dimusnahkan, termasuk pokok yang masih hidup di ladang itu. - Gambar hiasan
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu.
Niaga AWANI: Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Niaga AWANI: FBM KLCI mencapai paras tertinggi walaupun ditengah cabaran Ringgit
Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat sebanyak 8.28% walaupun nilai matawang menurun sebanyak 3.79% berbanding dollar Amerika Syarikat (AS). Adakah trend ini akan berterusan sehingga bulan Mei akan datang? Kupasan lanjut bersama Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
Niaga AWANI: Ringgit dijangka sekitar 4.77 berbanding dolar AS minggu ini
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ini bagaimanapun bergantung kepada reaksi pasaran bon global memandangkan ramai peniaga memberi tumpuan terhadap pelarasan oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
11,832 ladang terima pensijilan myGAP sejak 2003 hingga 2022
Bagi pensijilan myOrganic pula, sebanyak 326 ladang telah menerima pensijilan berkenaan bagi tempoh yang sama.
Burung pungguk jelapang hindari tikus perosak di ladang pertanian, sub bandar
Kajian yang dilakukan hampir di seluruh negara menunjukkan tahap kecekapan yang sangat tinggi dalam penggunaan burung pungguk jelapang.
Ladang komersial 2,760 hektar dibangunkan jadikan Sarawak hab industri buluh Malaysia
Ladang komersial dan ladang komuniti telah dibangunkan di Sarawak sebagai antara langkah untuk menjadikan negeri itu sebagai hab pembangunan industri buluh di Malaysia.
Melaka berpotensi menjadi perintis agropelancongan buah tin di Malaysia
Ladang di Solok Duku itu mampu menjadi hab latihan bagi mereka yang ingin mendalami kaedah menanam pokok berkenaan.
Polis Sepanyol musnahkan ladang marijuana terbesar di Eropah
Ladang itu ditemui di antara bandar Artajona dan Olite di Navarre, seluas 67 hektar dan mengandungi hampir 415,000 pokok tumbuhan itu.
Ladang bunga matahari pertama guna dron
Sebuah ladang bunga matahari yang terletak di Queensland menggunakan teknologi dron sepenuhnya untuk tujuan penanaman.
Banjir: Pekerja ladang berdepan detik cemas terperangkap 8 jam
Mangsa ditemukan pada jam 4.40 petang dalam keadaan selamat di kedudukan kira-kira 40 kilometer dari laluan utama.
COVID: Sabah rekodkan kluster punca jangkitan dipercayai dari Indonesia
Wanita berusia 48 tahun dikesan positif Selasa lepas hasil ujian saringan di sebuah klinik swasta, selepas mempunyai simptom batuk dan sakit tekak tiga hari sebelumnya.
Durian harga kayangan? Prof Hang Tuah ajak orang ramai tanam sendiri
Prof Hang Tuah berkata, tanaman durian kini mampu menjadi sumber pendapatan lumayan dan menggalakkan generasi muda untuk mula menanamnya.
Masalah pencerobohan gajah liar akan diatasi dengan pagar elektrik
Masalah ancaman dan pencerobohan gajah liar yang membelenggu lebih 200 pekebun di Hulu Kemaman akan diatasi dengan pemasangan pagar elektrik membabitkan kos sebanyak RM1.7 juta pada tahun hadapan.