awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Singapura tahan lelaki tempatan serang paderi

Bernama
Bernama
09/02/2025
08:14 MYT
Polis Singapura tahan lelaki tempatan serang paderi
Siasatan awal mendapati suspek yang berusia 22 tahun merupakan jemaah tetap gereja dan didakwa menyerang paderi selepas upacara gereja. - www.holyspirit.sg
SINGAPURA: Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menyerang seorang paderi di Gereja Holy Spirit, Upper Thomson Road pada pagi Ahad.
Siasatan awal mendapati suspek yang berusia 22 tahun merupakan jemaah tetap gereja dan didakwa menyerang paderi selepas upacara gereja.
Polis menerima panggilan kecemasan pada 10.35 pagi.
"Lelaki itu segera ditahan oleh petugas keselamatan gereja. Tiada senjata ditemui padanya, dan dia kemudian diserahkan kepada anggota polis yang bertindak balas di lokasi kejadian," menurut kenyataan itu.
Suspek kini disiasat atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam.
Polis juga akan merujuknya ke Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi pemeriksaan lanjut.
"Kami ingin mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan masih dijalankan," kata pihak polis.
Sementara itu, Keuskupan Agung Katolik Roma Singapura memaklumkan bahawa paderi itu telah menerima rawatan dan hanya mengalami sedikit bengkak di wajahnya.
"Kami meminta semua pihak agar bertenang, mengelakkan spekulasi dan mendoakan kesejahteraan paderi serta individu yang terlibat dalam kejadian ini," menurut kenyataan Pejabat Komunikasi Archbishop.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serang paderi
#gereja
#Singapura
#church of the holy spirit
#upper thomson road
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan