Polis Thai mempamerkan senjata termasuk senapang dan bom tangan yang didakwanya akan digunakan penyokong tegar Baju Merah semasa tunjuk perasaan prodemokrasi di Rumah Kerajaan, Selasa lepas.
Menurut Timbalan Ketua Polis Thai, Jen Srivara Rangsibrahmanakul, senjata berkenaan dirampas ketika operasi yang dilancarkan polis di beberapa tempat di seluruh negara dari 19 Mei lepas.
"Kami dapat maklumat risikan akan terdapat pergerakan penyokong tegar Baju Merah menggunakan senjata untuk menimbulkan huru-hara semasa tunjuk perasaan prodemokrasi 22 Mei lepas," katanya dalam satu sidang media, di sini pada Jumaat.
Tunjuk perasan Selasa lepas diadakan sempena ulang tahun keempat rampasan kuasa tentera yang menggulingkan kerajaan yang diterajui parti Pheu Thai.
Srivara berkata, suspek pertama diberkas pada 22 Mei di Chiang Rai, di utara Thailand yang mengakibatkan tangkapan beberapa lagi suspek bersama senjata di Ayutthaya, Wilayah Saraburi dan Chachoengsao di tengah Thailand.
Menurut beliau, seorang suspek mendakwa dia mula berurus niaga senjata antara tiga ke empat bulan lepas dengan penghantaran ke beberapa kawasan di dalam negara sementara seorang lagi suspek didakwa telah menghantar senjata ke negara jiran, Laos, yang polis Thai percaya menjadi sebuah pangkalan kepada beberapa pemimpin tegar Baju Merah.
Selasa lepas, beratus penunjuk perasaan berkumpul di Universiti Thammasat (Kampus Prachan) untuk menyambut ulang tahun keempat rampasan kuasa tentera.
Tunjuk perasaan diketuai oleh sekumpulan aktivis muda yang digelar "Democracy Restoration Group" (DRG) juga merancang untuk berarak dari universiti itu ke Rumah Kerajaan, di mana pejabat Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha terletak.
Perarakan yang dirancang mereka itu dihentikan oleh lebih 1,000 anggota polis yang berada di kawasan sekeliling Rumah Kerajaan.
Tunjuk perasaan itu berakhir apabila lapan ketua penunjuk perasaan itu menyerah diri kepada polis. -- Bernama
Bernama
Fri May 25 2018
Polis Thailand merampas pelbagai jenis senjata termasuk senapang dan bom tangan yang dipercayai cuba digunakan oleh penyokong tegar kumpulan Baju Merah pada perhimpunan pro-demokrasi Selasa lepas sempena ulang tahun keempat rampasan kuasa. - BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Polis panggil ahli keluarga 'baju merah' hubungi Caprice
Tindakan memanggil seorang ahli keluarga berkenaan adalah bagi merekodkan percakapannya dengan influencer itu.
Bom dilempar depan kediaman PM Thailand
Jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan susulan kejadian yang berlaku sekitar 8 malam Ahad.
'Agi Idup Agi Ngelaban' jadi pegangan ketika bertugas - Fenny Anak Nuli
Kata motivasi dan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' menjadi pegangan Fenny Anak Nuli sepanjang bertugas.
Jamal Yunos sengaja buat provokasi untuk gagalkan perhimpunan Bersih 5.0
Jamal berkata provokasi itu dilakukan selepas beliau memperoleh maklumat daripada media sosial, pihak Bersih mungkin akan mengepung KLIA dan beberapa tempat strategik semasa perhimpunan 19 Nov 2016.
'Saya dulu selamba je keluar masuk lokap' - Rafizi nasihat Jamal serah diri
Rafizi menersi laman Twitternya meminta supaya Jamall berani berdepan dengan cabaran politik semasa dan memberi kerjasama kepada polis
Polis Thai rampas senjata, peluru dirancang diguna jika kuil Dhammakaya diserbu
Polis Thailand menahan sembilan orang dalam beberepa serbuan di seluruh negara susulan rampasan sejumlah besar senjata api dan peluru.
'Bersih 7' dilancar, gariskan 7 tuntutan terhadap kerajaan negeri Selangor
Program berkenaan akan diadakan selama empat bulan dengan acara kemuncaknya pada 1 April tahun depan.
'Bersih 7': Jamal, tolong jangan keruhkan lagi suasana - Nur Jazlan
Jamal turut dinasihatkan agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan provokasi.
Hadir Bersih 5: Mahfuz sedia berdepan Jawatankuasa Disiplin PAS
Datuk Mahfuz Omar bersedia untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti kerana menyertai Perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.
Jamal Yunos dibebaskan, akan lancar 'Bersih 7' untuk selamatkan Selangor
Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, ia akan dilancarkan pada petang esok di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.