Polis Thailand sedang memburu sekurang-kurang 10 suspek kejadian siri letupan di Bangkok Jumaat lepas, kata Perdana Menteri Jen Prayuth Chan o-cha pada Isnin.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butir-butir lanjut mengenai suspek berkenaan.
Katanya polis sedang bekerja keras untuk menyiasat motif kejadian, yang berlaku semasa Thailand menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean dan Pasca Persidangan Menteri serta Mesyuarat Berkaitan (AMM/PMC), yang dihadiri oleh para diplomat, termasuk dari Amerika Syarikat dan juga China.
"Polis sedang menyiasat dari setiap sudut bagi mendapatkan motif kejadian, kita perlu tangkap dan dakwa mereka (suspek)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya ketika ini tiada sebarang bukti yang menunjukkan mana-mana kumpulan tertentu atau ahli politik yang terlibat dengan kejadian itu.
"Dalang perbuatan ini adalah mereka yang tidak berhati perut, yang berhasrat menimbulkan huru-hara di dalam negara," katanya.
Jumaat lepas polis menemui sembilan bom, termasuk beberapa bom yang tidak meletup, di lima lokasi di tengah ibukota Bangkok, selepas beberapa letupan mengakibatkan empat orang tercedera.
Media tempatan melaporkan siasatan polis berjalan dengan lancar dan mereka telah pun mengenal pasti suspek berdasarkan beberapa rakaman kamera survelan di kota raya.
Sementara itu polis juga meningkatkan tahap keselamatan di ibu kota, terutama di kawasan tumpuan ramai dan pejabat-pejabat kerajaan, apabila lebih banyak petugas dan kenderaan polis dilihat meronda di beberapa kawasan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 05 2019
Polis Thailand sedang memburu sekurang-kurang 10 suspek kejadian siri letupan di Bangkok Jumaat lepas, kata Perdana Menteri Jen Prayuth Chan o-cha pada Isnin. Foto: Sinar Harian
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.