awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis UAE edar juadah berbuka puasa kepada pemandu

Agensi
Agensi
15/04/2022
08:00 MYT
Polis UAE edar juadah berbuka puasa kepada pemandu
Seorang anggota polis menyerahkan juadah berbuka puasa kepada seorang pemandu di bandaraya Dubai baru-baru ini. - Gambar Twitter MiraAlmansoorii
SETIAP kali hadir Ramadan, pandangan kita pasti tidak akan terlepas pada beberapa aktiviti yang lazimnya hanya dilihat pada bulan penuh kemuliaan itu.
Sebagai contoh, Bazar Ramadan, agihan bubur lambuk atau makanan di jalan raya dan banyak lagi, hanya boleh dilihat pada bulan ini.
Begitupun, sebenarnya ‘pemandangan’ sebegitu bukanlah hanya boleh dilihat di Malaysia tapi di banyak negara lain juga.
Seperti di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mana lebih 30,000 juadah berbuka puasa sudah diedarkan kepada pemandu di jalan raya sekitar Abu Dhabi dan Al Ain sejak awal Ramadan.
Secara purata, sebanyak 7,000 pek makanan diagihkan setiap hari. JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Pengagihan kotak tersebut yang mengandungi makanan dan minuman merupakan sebahagian daripada inisiatif “Feed and Reap Ramadan” dilaksanakan Polis Abu Dhabi dan Absher Ya Watan.
Mereka memilih jalan yang paling sibuk di dua kawasan itu dengan sukarelawan ditempatkan di sana untuk mengagihkan makanan.
Khaleej Times melaporkan, polis dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu bertujuan menyediakan juadah berbuka puasa buat pemandu yang tidak sempat sampai ke rumah ketika azan Maghrib.
Menurutnya, pengedaran pek makanan itu juga sekali gus berupaya mengelak daripada mereka memandu laju kerana ingin cepat sampai ke rumah untuk berbuka bersama keluarga.
“Inisiatif itu bukan sahaja mencerminkan semangat bulan mulia tetapi ia juga membantu mengelakkan kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh memandu laju,” menurut kenyataan itu.
Ketua Pasukan Sukarelawan Absher Ya Watan, Somaya Mubarak Al Kathiri berkata, inisiatif tersebut memberi manfaat kepada masyarakat dan meningkatkan konsep kebahagiaan, kerjasama dan memberi untuk mengekalkan nilai kemanusiaan.
“Kesukarelawanan adalah tugas negara dan tanggungjawab moral masyarakat,” katanya.
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#Juadah Berbuka Puasa
#Abu Dhabi
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan