awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pondan' Aceh dipaksa botak dan berkelakuan seperti lelaki selepas ditahan

Agensi
Agensi
30/01/2018
12:37 MYT
'Pondan' Aceh dipaksa botak dan berkelakuan seperti lelaki selepas ditahan
Kesemua 12 individu pondan tersebut dipaksa memakai pakaian lelaki dan dipotong rambutnya untuk berkelakuan seperti lelaki.
BEBERAPA buah salon kecantikan di Aceh yang mengambil wanita transeksual atau 'pondan' sebagai pekerja telah diserbu oleh pihak polis.
Susulan serbuan itu, kesemua 12 individu 'pondan' tersebut dipaksa memakai pakaian lelaki dan dipotong rambutnya untuk berkelakuan seperti lelaki.
Aceh merupakan satu-satunya bandar di Indonesia yang menerapkan hukum agama Islam dengan ketat.
Ketua Polis tempatan, Untung Surianata berkata, pihak polis menahan mereka selama tiga hari untuk memberi khidmat kaunseling dan bimbingan. Mereka kini dikatakan sudah berperwatakan seperti lelaki.
Tambahnya, serbuan yang dilakukan merupakan sebahagian daripada operasi membanteras aktiviti tidak bermoral selepas menerima aduan dari jiran sekeliling yang menganggap mereka sebagai pengaruh negatif kepada anak-anak mereka.
Namun, serbuan itu mendapat tentangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia kerana pihak polis dikatakan bertindak di luar batasan dan tidak berperkemanusiaan.
Pesuruhjayanya, Beka Ulung Hapsara berkata, semua penduduk negara itu sepatutnya dilindungi dan diberi layanan yang sama rata.
“Selepas menerima gambar serangan yang dilakukan pihak polis dan informasi yang telah dikumpul, ia jelas menunjukkan pihak polis telah menyalah guna kuasa mereka. Polis sepatutnya melindungi mereka dari ancaman,” tegasnya.
Topic Berkaitan
#BOTAK
#Indonesia
#Islam
#lelaki
#polis
#pondan
#serangan
#Transeksual
#wanita
#watak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan