Skip to main content

Dunia

Portugal kuat kuasa larangan menutup wajah di tempat awam

81475284434_Burqa.jpg
Undang-undang itu, yang digelar media tempatan sebagai "undang-undang burqa", diluluskan Parlimen Portugal pada Julai lalu dengan sokongan gabungan pemerintah berhaluan kanan serta parti sayap kanan, manakala parti-parti berhaluan kiri mengundinya. -Gambar fail
Advertisement

LISBON: Presiden Portugal, António José Seguro, menandatangani undang-undang yang melarang pemakaian yang menutupi wajah di tempat awam, dalam langkah yang dilihat secara meluas menyasarkan wanita yang memakai burqa atau niqab.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata wajah seseorang perlu dianggap sebagai elemen penting dalam pembentukan identiti dan komunikasi antara manusia, lapor AFP.

Undang-undang itu, yang digelar media tempatan sebagai "undang-undang burqa", diluluskan Parlimen Portugal pada Julai lalu dengan sokongan gabungan pemerintah berhaluan kanan serta parti sayap kanan, manakala parti-parti berhaluan kiri menentang.

Peruntukan baharu itu melarang pemakaian pakaian yang direka untuk menutupi wajah atau menghalang proses pengecaman seseorang di tempat awam.

Ia juga melarang tindakan memaksa seseorang menutup muka atas faktor jantina, agama, umur atau asal usul.

Bagaimanapun, kumpulan hak asasi manusia berhujah bahawa undang-undang berkenaan boleh menjejaskan kebebasan wanita untuk menentukan cara pemakaian mereka serta hak kebebasan beragama.

Seguro mengakui isu itu mempunyai sensitiviti sosial dan budaya yang tinggi dalam masyarakat Portugal.

Di bawah undang-undang tersebut, individu yang melanggar peraturan boleh dikenakan denda antara €150 hingga €3,000 (kira-kira RM760 hingga RM15,200).

Pengecualian diberikan bagi tujuan kesihatan, pekerjaan, kesenian, keadaan cuaca, selain ketika berada di rumah ibadat, premis diplomatik dan pesawat.

Must Watch Video

Advertisement