awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prabowo arah kos haji 2025 lebih murah

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2024
23:10 MYT
Prabowo arah kos haji 2025 lebih murah
Prabowo meminta supaya usaha merasionalkan kos itu dibuat tanpa mengurangkan kualiti perkhidmatan kepada jemaah haji. - Foto fail/AP
JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengarahkan Kementerian Agama mencari inisiatif untuk mengurangkan kos menunaikan ibadah haji menjelang tahun depan.
Untuk tahun ini, kos menunaikan ibadah haji bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan sebanyak 56 juta rupiah atau kira-kira RM15,522.
Timbalan Menteri Agama, Muhammad Syafii berkata, Prabowo meminta supaya usaha merasionalkan kos itu dibuat tanpa mengurangkan kualiti perkhidmatan kepada jemaah haji.
Beliau mengesahkan kos perjalanan haji 2025 akan lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.
Namun jumlah pengurangan itu masih perlu dibincangkan dengan Panitia Kerja (Panja) Komisi Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia.
Katanya, bersesuaian dengan kenyataan Menteri Agama, Presiden mahu pengurusan ibadah haji tahun depan lebih berkualiti.
Bagaimanapun, dalam masa sama beliau juga mahu melihat banyak kos yang boleh dirasionalkan, supaya kualitinya lebih baik dengan harga yang murah.
Sementara itu, Menteri Agama, Nasaruddin Umar menegaskan kecekapan kos bukan bermakna kualiti perkhidmatan akan dikurangkan.
Beliau menegaskan, penetapan bayaran haji Indoensia perlu mengambil kira pelbagai faktor luaran seperti inflasi, kadar pertukaran mata wang dan keadaan harga minyak.
Selain itu, usaha membersihkan penyelewengan dalam pengurusan ibadah haji juga diharap dapat mengurangkan kos.
Tambah beliau, semangatnya antara lain bertujuan untuk mengurangkan kos melalui kecekapan, termasuk membersihkan penyelewengan.
Topic Berkaitan
#Prabowo Subianto
#kos haji
#merasionalkan kos
#membersihkan penyelewengan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan