awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prabowo tinjau usaha tangani bencana banjir, tanah runtuh di Aceh

Agensi
Agensi
07/12/2025
09:15 MYT
Prabowo tinjau usaha tangani bencana banjir, tanah runtuh di Aceh
Prabowo turut dilihat memeluk Mualem dan berbincang bersama beberapa pegawai kanan termasuk Setiausaha Kabinet Teddy Indra Wijaya. - Gambar/ FB Sekretariat Kabinet Republik Indonesia
BANDA ACEH: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Aceh, pada Ahad untuk meninjau usaha penanganan bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah berkenaan.
Menurut laporan KompasTV, Prabowo dilihat turun dari pesawat presiden dengan mengenakan pakaian safari berwarna coklat dan topi biru sebelum bersalaman dengan para pegawai yang menyambut ketibaannya.
Antara yang menyambut beliau ialah Menteri Pertahanan, Sjafrie Sjamsoeddin dan Gabenor Aceh, Muzakir Manaf @Mualem.
Prabowo turut dilihat memeluk Mualem dan berbincang bersama beberapa pegawai kanan termasuk Setiausaha Kabinet Teddy Indra Wijaya.
Perbincangan turut disertai Menteri Sekretariat Negara Prasetyo Hadi, Menteri Luar Sugiono, serta Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Angga Raka Prabowo.
Selepas itu, Presiden bersama rombongan menaiki helikopter presiden menuju ke kawasan yang terjejas teruk akibat banjir untuk meninjau kerosakan, memantau proses pemulihan, serta menerima laporan terkini daripada kerajaan daerah dan agensi berkaitan.
Kunjungan ini bertujuan memastikan usaha menangani darurat, termasuk pemulihan akses jalan, pengagihan bantuan, dan proses evakuasi penduduk.
Kerajaan Indonesia menegaskan bahawa usaha menangani banjir di Aceh adalah keutamaan nasional dengan semua sumber daya digerakkan bagi mempercepat pemulihan.
Terdahulu, Prabowo berlepas dari Pangkalan TNI AU Halim Perdanakusuma, Jakarta, sekitar pukul 7.55 pagi waktu tempatan sebelum tiba di Aceh.
Topic Berkaitan
#Prabowo Subianto
#Aceh
#banjir besar Sumatera
#tanah runtuh sumatera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan