awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Roberto Carlos stabil selepas jalani pembedahan jantung kecemasan
Letupan, kebakaran di bar resort ski Crans-Montana dilapor ragut banyak nyawa
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Prank' tak menjadi, YouTuber mati ditembak

Astro Awani
Astro Awani
08/02/2021
01:38 MYT
'Prank' tak menjadi, YouTuber mati ditembak
Menurut rakan Wilks, aksi itu kononnya lakonan rompakan atau prank untuk dimuat naik di akaun YouTube. - Gambar hiasan
SEORANG lelaki berusia 20 tahun ditembak mati ketika merakam aksi untuk saluran YouTube miliknya.
Mangsa, Timothy Wilks ditembak di kawasan parkir Taman Kembara dan Trampolin Udara pada jam 9.25 malam Jumaat lalu, menurut kenyataan Pejabat Polis Metropolitan Nashville.
Tambahnya, seorang pengunjung kepada taman tersebut, David Starnes Jr mengaku bertanggungjawab menembak Wilks kerana sangkakan dirinya dan orang ramai di kawasan berkenaan berada dalam keadaan bahaya.
Siasatan awal polis mendapati, ketika kejadian, Wilks dan seorang rakannya telah menghampiri beberapa orang, termasuk Starnes sambil mengacukan pisau.
Menurut rakan Wilks, aksi itu kononnya lakonan rompakan atau prank untuk dimuat naik di akaun YouTube.
Siasatan polis sedang dijalankan bagi menentukan jika Starnes bertindak bagi menyelamatkan diri.
Lakonan aksi rompakan sangat popular di YouTube dengan tontonan melebihi sejuta.
Pada bulan Ogos tahun lalu, adik beradik Stokes didakwa di mahkamah berkaitan aksi rompakan yang dirakam mereka.
Topic Berkaitan
#maut
#ditembak mati
#rakaman
#rompakan
#Timothy Wilks
#David Starnes Jr
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan