Skip to main content

Dunia

Presiden Afrika Selatan dinasihatkan berehat selepas pulang dari Sidang Kemuncak BRICS

FILE PHOTO: South African President Cyril Ramaphosa gestures while delivering the keynote address at the Sixth South Africa Investment Conference (SAIC) at the Sandton Convention Centre in Johannesburg, South Africa. March 31, 2026. Jairus Mmutle/GCIS/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY/File Photo
Kenyataan itu memaklumkan bahawa presiden "kini tidak akan menghadiri sebarang acara awam." - Gambar fail/Reuters
Advertisement

HYDERABAD: Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, menarik diri daripada menghadiri acara awam susulan tidak sihat sebaik pulang dari sidang kemuncak pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi.

"Presiden Ramaphosa, yang pulang dari Sidang Kemuncak BRICS di India pada Isnin, telah dinasihatkan oleh pasukan perubatannya untuk berehat dan memulihkan kesihatan," menurut kenyataan pejabat beliau di platform X pada Rabu.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa presiden "kini tidak akan menghadiri sebarang acara awam."

Ramaphosa, 73, tiba di New Delhi pada 11 Sept dan meninggalkan ibu kota India itu pada petang Ahad.

Timbalan Presiden Afrika Selatan Paul Mashatile, 64, juga sedang berehat selepas menjalani prosedur perubatan.

Proses pemulihan berjalan lancar dan beliau "semakin kuat setiap hari”, menurut hantaran di laman X pada Selasa.

"Atas nasihat doktor, saya akan terus berehat sehingga mendapat arahan lanjut, sementara tugas serta tanggungjawab yang diwakilkan terus dilaksanakan oleh pasukan yang cekap di pejabat saya bersama pihak berkepentingan lain dalam kerajaan, sektor perniagaan dan sektor-sektor lain," kata Mashatile.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement