awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Benin berikrar tindakan tegas terhadap dalang rampasan kuasa

Astro Awani
Astro Awani
07/12/2025
23:10 MYT
Presiden Benin berikrar tindakan tegas terhadap dalang rampasan kuasa
Presiden Talon dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan telah dipindahkan ke lokasi yang dirahsiakan sejurus insiden berlaku. - Foto AP
COTONOU: Presiden Benin, Patrice Talon, mengesahkan bahawa cubaan rampasan kuasa oleh sekumpulan kecil anggota tentera telah berjaya digagalkan pada Ahad, dan berikrar untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam usaha menggugat kestabilan negara.

Ringkasan AI
  • Presiden Benin, Patrice Talon, mengesahkan cubaan rampasan kuasa oleh sekumpulan kecil anggota tentera gagal digagalkan pada Ahad, dan bersedia mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.
  • Sekumpulan tentera yang menamakan diri sebagai "Jawatankuasa Ketenteraan untuk Penstrukturan Semula" mengumumkan penggulingan kerajaan serta penutupan semua sempadan negara sebelum tentera setia bertindak pantas mematahkan cubaan itu.
  • Presiden Talon menegaskan cubaan menggugat kestabilan negara tidak akan dibiarkan tanpa balasan, dengan 14 anggota tentera ditahan termasuk terlibat secara langsung, sementara beliau dipuji kerana mempertahankan perlembagaan dan kestabilan negara.

Menurut Menteri Dalam Negeri Alassane Seidou, sekumpulan tentera yang menggelarkan diri mereka sebagai "Jawatankuasa Ketenteraan untuk Penstrukturan Semula" telah muncul di televisyen negara dan mengumumkan penggulingan kerajaan serta pembubaran institusi negara.
Mereka turut menamakan Leftenan Kolonel Pascal Tigri sebagai ketua baharu dan mengisytiharkan penutupan semua sempadan darat, laut dan udara.
Bagaimanapun, pihak tentera yang setia kepada kerajaan bertindak pantas mematahkan cubaan tersebut.
Presiden Talon dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan telah dipindahkan ke lokasi yang dirahsiakan sejurus insiden berlaku.
“Cubaan untuk menggugat kestabilan negara ini tidak akan dibiarkan tanpa balasan. Mereka yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan,” tegas Talon dalam satu kenyataan rasmi.
Beliau turut memuji kesetiaan angkatan tentera yang mempertahankan perlembagaan dan kestabilan negara.
Setakat ini, kira-kira 14 anggota tentera telah ditahan, termasuk mereka yang terlibat secara langsung dalam cubaan rampasan kuasa tersebut.
Cubaan ini berlaku ketika Talon, 67, dijangka menamatkan penggal keduanya sebagai presiden pada April tahun depan.
Beliau sebelum ini dikenali sebagai tokoh perniagaan berjaya dan digelar “raja kapas Cotonou”, dengan pentadbirannya menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang kukuh namun turut berdepan cabaran keselamatan akibat ancaman militan di utara negara itu.
Insiden ini menambah kepada siri rampasan kuasa yang melanda rantau Afrika Barat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk di Niger, Burkina Faso, Mali, Guinea dan Guinea-Bissau.
Topic Berkaitan
#rampasan kuasa
#Patrice Talon
#Jawatankuasa Ketenteraan untuk Penstrukturan Semula
#tindakan tegas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan