WASHINGTON: Presiden Joe Biden akan menjadi hos kepada pemimpin-pemimpin Jepun dan Korea Selatan satu sidang kemuncak yang akan diadakan di Camp David, bulan depan, kata White House dalam pengumuman yang dibuat pada Jumaat.
Camp David ialah tempat percutian Presiden Amerika Syarikat (AS) yang terletak di Maryland.
Pada sidang yang akan diadakan pada 18 Ogos ini, kehadiran Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol memberikan petunjuk terbaharu dalam hubungan kedua negara itu yang disifatkan semakin mesra.
Dalam masa sama, Jepun dan Korea Selatan sedang berusaha mengatasi ketegangan dan sikap saling kurang percaya antara mereka selama beberapa generasi, sementara AS pula sedang memperkukuhkan komitmennya terhadap Asia.
Jurucakap White House, Karine Jean-Pierre dalam satu kenyataan berkata, pemimpin-pemimpin tersebut "akan membincangkan perkembangan kerjasama tiga hala di kawasan Indo-Pasifik dan lebih daripada itu."
Selain itu, topik-topik yang dijangka diberi tumpuan pada sidang itu termasuk ancaman yang dihadapi oleh Korea Utara dan hubungan dengan Persatuan Bangsa-Bangsa Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik.
Jemputan ini bertitik tolak daripada satu acara bergambar yang disertai ketiga-tiga pemimpin tersebut semasa sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Hiroshima, Jepun, pada bulan Mei lalu.
Pentadbiran Biden telah menggalakkan peningkatan hubungan ekonomi dan pertahanan antara Korea Selatan dan Jepun sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkuatkan kawasan tersebut menghadapi tindakan agresif China dalam isu-isu wilayah, serta untuk mendapatkan kerjasama mereka dalam menyokong Ukraine dalam melawan pencerobohan Rusia. - Agensi
Agensi
Fri Jul 28 2023
Dari kiri Presiden Joe Biden, Perdana Menteri Fumio Kishida dan Presiden Yoon Suk Yeol bergambar kenangan sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Hiroshima, Jepun, pada bulan Mei lalu. - Gambar AP
Khaled terima kunjungan hormat CEO Thales International
Antara yang dibincangkan adalah mengenai mengembangkan keupayaan industri pertahanan tempatan selari usaha negara ke arah pertahanan berdikari.
Tanah runtuh Melawati: MB Selangor turun padang, santuni penduduk terjejas
Beliau turut menyantuni penduduk terjejas melibatkan 23 mangsa daripada tujuh keluarga yang berada di PPS di Jalan E5.
"Jabatan Imigresen harus memohon maaf kepada YB Bintulu.." - YB Kepong
YB Kepong jugak bertanyakan tentang mengapa masih belum ada tangkapan terhadap individu yang terlibat.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
Counter setting: 47 sindiket tumpas, 25,214 pengembara dikenakan NTL - Saifuddin Nasution
JIM juga memperketatkan pemeriksaan di kaunter pintu masuk ke negara dalam usaha membanteras kegiatan menyeludup warga asing ke Malaysia.
Tun M masuk IJN, kes saman terhadap fitnah Zahid Hamidi ditangguh
Dr Mahathir dikejarkan ke Institut Jantung Negara untuk rawatan pada petang semalam, kata peguam Mior Nor Haidir yang mewakili beliau.
"Tunggulah hari Jumaat, berdoalah banyak-banyak.." - Johari
Beliau juga memberitahu kini penanaman semula sawit dari pekebun kecil jauh lebih rendah iaitu 0.2 peratus berbanding standard adalah 4.0 peratus setahun.
"Boleh kerajaan kembalikan skim 100 peratus geran penuh...?" - YB Tampin
Beliau juga menyatakan hasrat mewakili masyarakat luar bandar merayu kepada kerajaan supaya dapat merealisasikan permohonan tersebut.
#AWANInews
#AWANInews
Mangsa banjir meningkat di beberapa negeri pagi ini
Di Kedah, 1,477 mangsa dari empat daerah (Baling, Kota Setar, Pendang, Pokok Sena) ditempatkan di 11 PPS berbanding 1,285 orang malam tadi.
AWANI Pagi: Pupuk Perpaduan Melalui Kartun Gen-Z
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Shamsaimun Ezil, Kartunis yang juga Penyelaras Festival Kartun Gen-Z dan Shaq Koyok, Artis Orang Asal berkongsi mengenai pengisian menarik mengenai Festival Kartun Gen-Z yang diadakan pada hujung minggu ini bukan sahaja untuk menyokong anak muda tetapi juga menyemai soal perpaduan serta membantu komuniti orang Asli.
Tanah runtuh Melawati: Lokasi kejadian antara 114 ‘hotspot’ di Selangor - Amirudin
Terdapat 400 sehingga 600 kawasan hotspot di sepanjang kawasan batu kapur dari Hulu Klang hingga Batu Caves.
Presiden Amerika ucap Selamat Hari Raya AidilAdha
Biden turut mendoakan semua jemaah yang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci memperoleh haji mabrur.
PM Kishida lawat AS, kali pertama dalam sembilan tahun
Fumio Kishida dijangka menghadiri satu sidang kemuncak bersama Presiden AS, Joe Biden pada Rabu di Washington.
AS umum pakej senjata AS$300 juta kepada Ukraine
Pengumuman pakej senjata baharu untuk Ukraine itu dibuat selepas berbulan AS beri amaran tiada lagi wang yang tinggal.
Netanyahu "lebih menyakitkan daripada membantu" - Presiden AS kritik PM Israel
Netanyahu mesti beri lebih perhatian kepada nyawa (orang awam) yang tidak bersalah, yang terkorban akibat daripada tindakan yang diambil.
Joe Biden arah tentera AS bina pelabuhan sementara di Gaza
Pelabuhan sementara itu bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan ke wilayah terkepung melalui laut.
Biden gesa jeda peperangan selama enam minggu di Gaza
AS akan bekerjasama dengan sekutunya untuk menghentukan pertempuran, bebaskan tebusan dan tingkatkan bantuan kemanusiaan.
Perang Palestin-Israel: Raja Abdullah gesa gencatan senjata kekal, Biden pula sebaliknya
Keretakan terbuka antara Biden dan Raja Abdullah menggariskan keseimbangan diplomatik halus yang dihadapi Presiden ketika perang di Gaza memasuki bulan kelima.
Wakil Tinggi EU gesa AS henti hantar senjata kepada Israel
Nasihat Borrell, jika Joe Biden sendiri yakin terlalu ramai dibunuh di Gaza, maka kurangkan pemberian senjata kepada Israel.
Gencatan senjata di Gaza: Presiden AS bertemu Raja Jordan
Raja Abdullah dijangka menggesa Joe Biden untuk menyokong gencatan senjata segera dilakukan.
Pemimpin dunia kirim doa buat Raja Charles III
Presiden AS, Joe Biden sangat prihatin dengan keadaan kesihatan Raja England itu.