awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Brazil Lula dibenar keluar hospital selepas pembedahan pendarahan otak

Bernama
Bernama
16/12/2024
04:34 MYT
Presiden Brazil Lula dibenar keluar hospital selepas pembedahan pendarahan otak
Lula (kiri) diperiksa di Brasilia pada malam Isnin selepas mengadu sakit kepala. - Gambar fail/REUTERS
RIO DE JANEIRO: Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
"Keadaan beliau stabil, berjalan, makan dan bercakap seperti biasa. Beliau melalui fasa pascapembedahan yang sangat baik, sejajar dengan jangkaan," kata Doktor Roberto Kalil pada sidang akhbar di Sao Paulo pada Ahad, hampir seminggu selepas prosedur itu dilakukan di Hospital Syria-Lebanon di bandar itu.
Presiden berusia 79 tahun itu akan kekal di Sao Paulo sehingga sekurang-kurangnya Khamis untuk pemantauan lanjut. Beliau hanya dibenarkan melakukan aktiviti fizikal terhad selama 15 hari tetapi boleh bekerja seperti biasa dari rumah, menurut doktornya, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Lula diperiksa di Brasilia pada malam Isnin selepas mengadu sakit kepala. Imbasan MRI menunjukkan pendarahan otak yang berpunca daripada kemalangan pada 19 Okt lepas.
Beliau kemudian dipindahkan ke unit lain di hospital yang sama di Sao Paulo, yang beliau menjalani kraniotomi untuk mengeluarkan hematoma.
Presiden itu yang tampil di hadapan media dengan memakai topi ketika keluar dari hospital, berkata beliau berasa sihat. "Saya masih hidup, tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan bersedia untuk bekerja...Saya ada banyak kerja yang menanti."
Pada Oktober, Lula mengalami luka di kepalanya yang menyebabkan beliau membatalkan penyertaan dalam Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Brazil
#Luiz Inacio Lula da Silva
#pendarahan otak
#sakit kepala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan