PRAGUE: Presiden Czech Milos Zeman pada Ahad melantik Petr Fiala, ketua pakatan "Together" yang memenangi pilihan raya umum pada Oktober, sebagai ketua kerajaan baharu.
"Saya melantik anda sebagai ketua kerajaan dan mendoakan anda berjaya dalam melaksanakan tugas ini untuk manfaat semua rakyat Republik Czech," Xinhua memetik Zeman dalam ucapannya pada majlis itu, yang disiarkan oleh televisyen Czech.
Dilahirkan di bandar Brno pada 1964, Fiala menamatkan pengajian pada 1988 di Universiti Masaryk dalam pengajian bahasa, kesusasteraan dan sejarah Czech. Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli sejarah di sebuah muzium di Kromeriz, seorang wartawan dan editor serta menduduki pelbagai jawatan di universiti, termasuk rektor dari 2004 hingga 2011. Pada 2012-2013 beliau menjadi Menteri Pendidikan, Sukan, dan Belia dalam kerajaan pimpinan Petr Necas.
Pada Oktober 2013, Fiala dilantik sebagai ahli Parlimen bebas untuk dewan perwakilan dan kemudiannya menyertai Parti Demokratik Sivik (CDS) yang dipimpinnya sejak 2014.
Pada awal Oktober, parti gabungan Together yang terdiri daripada CDS, Christian and Democratic Union - Parti Rakyat Czechoslovak dan parti TOP 09, memenangi 27.12 peratus undian dalam pilihan raya Parlimen.
Pakatan itu kemudiannya bergabung dengan blok lain, mengumpul majoriti 108 kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021
Pada Oktober 2013, Fiala dilantik sebagai ahli Parlimen bebas untuk dewan perwakilan dan kemudiannya menyertai Parti Demokratik Sivik (CDS) yang dipimpinnya sejak 2014. - Gambar/ Reuters
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Presiden Czech lantik Petr Fiala sebagai Perdana Menteri baharu
Pada Oktober 2013, Fiala dilantik sebagai ahli Parlimen bebas untuk dewan perwakilan dan kemudiannya menyertai Parti Demokratik Sivik (CDS) yang dipimpinnya sejak 2014.