awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Indonesia akan mula bekerja dari Nusantara mulai 28 Julai

Bernama
Bernama
24/07/2024
23:15 MYT
Presiden Indonesia akan mula bekerja dari Nusantara mulai 28 Julai
Heru Budi berkata pihaknya sedang dalam proses membuat semua persiapan yang diperlukan agar Presiden Joko Widodo (gambar) dapat mula bekerja di ibu kota baharu. - Facebook Jokowi
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo dijangka memulakan tugas rasmi di ibu kota baharu negara, Nusantara, yang terletak di Kalimantan, pada 28 Julai, lapor Xinhua.
Ketua Sekretariat Presiden Heru Budi Hartono membuat pengumuman itu pada Rabu.
Presiden dijadualkan merasmikan sebuah lebuh raya pada 28 Julai dan "kami sedang dalam proses membuat semua persiapan yang diperlukan agar presiden dapat mula bekerja di ibu kota baharu," kata pegawai itu.
Basuki Hadimuljono, Menteri Kerja Raya dan Perumahan serta Pemangku Ketua Pihak Berkuasa Ibu Kota Nusantara, mengesahkan bahawa bekalan air minuman akan siap digunakan dalam beberapa hari akan datang di ibu kota baharu itu.
"Pada masa ini, air minuman telah mengalir ke ibu kota baharu dan telah lulus ujian ketiga, yang akan segera diagihkan ke kawasan kediaman dan pejabat di Nusantara," katanya.
Selain itu, pihak berkuasa sedang membuat persiapan untuk sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia, yang akan berlangsung serentak di Nusantara dan Jakarta pada Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Joko Widodo
#nusantara
#bekalan air minuman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan