Skip to main content

Malaysia

Ab Rauf tamat pengajian doktor pentadbiran perniagaan melalui APEL.Q

Sufian hadir bersama delegasi universiti untuk menyerahkan surat rasmi pengesahan Senat UKM kepada Ab Rauf di kediaman beliau di Masjid Tanah, Melaka, pada Selasa. - Facebook Ab Rauf
Sufian hadir bersama delegasi universiti untuk menyerahkan surat rasmi pengesahan Senat UKM kepada Ab Rauf di kediaman beliau di Masjid Tanah, Melaka, pada Selasa. - Facebook Ab Rauf

Advertisement

Advertisement

MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh menamatkan pengajian Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) melalui Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL.Q) selama dua tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menerusi hantaran di Facebook semalam, Ab Rauf berkata surat rasmi pengesahan Senat UKM diserahkan oleh Naib Canselor UKM Profesor Datuk Dr Sufian Jusoh bersama dengan delegasi universiti yang berkunjung ke kediamannya di Masjid Tanah, di sini, Selasa malam. 

Ab Rauf berkata kajiannya yang bertajuk “Pengurusan Teknologi Digital dalam Kalangan Komuniti Kampung Tradisional: Analisis Inisiatif Kampung Digital Melaka” menumpukan kepada bagaimana teknologi digital dapat dimanfaatkan oleh masyarakat kampung tradisional dalam mendepani arus transformasi digital.

Advertisement

“Bagi saya, ilmu bukan sekadar untuk memperoleh segulung ijazah, tetapi mesti diterjemahkan kepada manfaat dan perubahan untuk rakyat.

“Saya mendedikasikan kejayaan ini buat seluruh rakyat Melaka. Ini bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi penghargaan buat Melaka dan komitmen saya untuk terus memperkasakan inisiatif Kampung Digital demi masa depan rakyat,” katanya. 

Advertisement

Ab Rauf  merakamkan penghargaan kepada seluruh warga UKM, pensyarah dan pasukan penyelidik atas bimbingan, sokongan dan kerjasama sepanjang tempoh beliau menyiapkan kajian tersebut.

Hasil kajian itu, menurut beliau akan diterbitkan dalam bentuk jurnal untuk dijadikan bahan rujukan serta inspirasi kepada generasi akan datang, khususnya dalam memperkasakan agenda pendigitalan komuniti luar bandar.

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video

Advertisement