awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden AS, Joe Biden akan adakan perbincangan dengan PM Jepun, Fumio Kishida

Bernama
Bernama
04/01/2023
08:49 MYT
Presiden AS, Joe Biden akan adakan perbincangan dengan PM Jepun, Fumio Kishida
Antara topik yang bakal menjadi agenda perbincangan termasuk mengenai program senjata Korea Utara, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine serta isu "mengekalkan keamanan dan kestabilan di seluruh Selat Taiwan.- REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dijadual akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida di Rumah Putih pada minggu depan.
Menurut kenyataan Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karine Jean-Pierre pada Selasa, antara topik yang bakal menjadi agenda perbincangan kedua-dua pemimpin itu dalam mesyuarat pada 13 Jan itu termasuk mengenai program senjata Korea Utara, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine serta isu "mengekalkan keamanan dan kestabilan di seluruh Selat Taiwan", lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Jean-Pierre berkata Presiden AS itu merancang untuk "mengulangi sokongan penuhnya terhadap Strategi Keselamatan Negara Jepun".
Jepun baru-baru ini mengumumkan mengenai strategi memperkasa keupayaan pertahanannya memandangkan usaha China untuk memperluas kuasa dan ancaman Korea Utara.
Pyongyang baru-baru ini juga dilaporkan melancarkan beberapa peluru berpandu yang dilihat meningkatkan lagi ketegangan di Semenanjung Korea.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Joe Biden
#Fumio Kishida
#Korea Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan