SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol akan berlepas ke Britain minggu depan untuk menghadiri upacara pemakaman Ratu Elizabeth II.
Selepas itu, Yoon dijadual akan ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kemudiannya ke Kanada untuk lawatan dua hala.
Yoon akan menghadiri pemakaman negara untuk Ratu Elizabeth II pada 19 September di Westminster Abbey di London, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan Pejabat Presiden pada Isnin.
Terdahulu, Yoon menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Ratu pada Khamis lalu pada usia 96 tahun selepas memerintah selama 70 tahun.
Yoon dijangka menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Agung PBB pada 20 Sept dan beliau dijangka mengulangi gesaannya untuk penghapusan nuklear Korea Utara, menurut pejabatnya.
Menurut pegawai, Yoon akan mengadakan sidang kemuncak dua hala dengan Amerika Syarikat (AS) dan Jepun di luar perhimpunan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2022
Yoon Suk Yeol dijadual ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung PBB dan seterusnya ke Kanada untuk lawatan dua hala. - AP
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Polis Korea Selatan lancar siasatan terhadap tuduhan khianat Presiden Yoon
Polis Korea Selatan pada Khamis melancarkan siasatan berhubung kes tuduhan pengkhianatan terhadap Presiden Yoon Suk Yeol.
Parti pembangkang Korea Selatan tuntut Presiden Yoon letak jawatan
Parti pembangkang utama Korea Selatan menuntut agar Presiden Yoon Suk Yeol segera meletakkan jawatan selepas pengisytiharan mengejut undang-undang tentera.
Korea Selatan tekad tangani kadar kelahiran rendah - Presiden
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol berikrar akan berusaha sepenuhnya untuk menangani kadar kelahiran yang sangat rendah di negara itu.
Presiden Yoon, Kishida setuju realisasikan sidang kemuncak Korea Selatan-Jepun-China
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida bersetuju untuk berusaha ke arah merealisasikan sidang kemuncak tiga hala dengan China.
Korea Utara cetus ancaman langsung kepada ASEAN - Presiden Korea Selatan
Program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara merupakan ancaman langsung dan wujud kepada ASEAN.
Presiden Biden hos pertemuan pemimpin Jepun dan Korea Selatan di Camp David
Kehadiran PM Jepun dan Presiden Korea Selatan memberikan petunjuk terbaharu hubungan kedua negara itu yang disifatkan semakin mesra.
Presiden Korea Selatan adakan lawatan mengejut ke Ukraine
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol membuat lawatan mengejut ke Ukraine pada Sabtu.
Puluhan terkena serangan jantung di sambutan Halloween
Mangsa dihimpit orang ramai yang saling bertolakan di sebuah lorong sempit semasa sambutan Halloween di Seoul.
Presiden Moon tinggalkan kediaman rasmi pada 9 Mei, sehari sebelum pelantikan rasmi Yoon
Presiden Korea Selatan Moon Jae In akan berpindah dari kediaman rasminya Cheong Wa Dae (Rumah Biru) pada 9 Mei, sehari sebelum penggantinya Yoon Suk Yeol angkat sumpah jawatan.
Bekas Presiden Korea Selatan Roh Tae Woo meninggal dunia
Bekas Presiden Korea Selatan Roh Tae Woo meninggal dunia pada Selasa pada usia 88 tahun.