awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Lula kecam tarif AS, Brazil tidak akan berdiam diri

Agensi
Agensi
03/06/2025
23:30 MYT
Presiden Lula kecam tarif AS, Brazil tidak akan berdiam diri
Brazil, kata Presiden Lula, tidak boleh berdiam diri dan percaya hanya mereka (AS) yang betul dan hanya mereka yang boleh mengenakan cukai terhadap produk negara lain. - Gambar fail Reuters
BRASILIA: Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva menegaskan, negaranya tidak akan berdiam diri terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) menaikkan tarif import keluli.
Pada masa sama, beliau memberi amaran tindakan balas akan diambil sekiranya rundingan tidak membuahkan hasil.
“Kami sedang berusaha untuk berunding dengan Amerika Syarikat, tetapi jika tiada persetujuan dicapai, kami akan bertindak,” kata Lula pada Selasa.
Ketegasan beliau itu merujuk kepada keputusan Presiden AS, Donald Trump untuk menaikkan tarif import keluli dari 25 peratus kepada 50 peratus berkuat kuasa 12 Mac lalu.
Tarif baharu itu memberi kesan kepada jutaan tan import keluli dan aluminium dari negara-negara seperti Kanada, Brazil, Mexico dan Korea Selatan yang sebelum ini menikmati pengecualian cukai.
Lula menyifatkan tindakan Trump sebagai tidak adil dan memberi amaran Brazil akan mempertimbangkan dua pilihan.
Pertama, tegas Lula, membawa isu itu ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) atau kedua, mengenakan tarif timbal balas terhadap produk Amerika Syarikat yang diimport ke Brazil.
“Kami tidak boleh berdiam diri dan percaya hanya mereka yang betul dan hanya mereka yang boleh mengenakan cukai terhadap produk negara lain,” katanya.
Topic Berkaitan
#tarif Amerika Syarikat
#Brazil
#Luiz Inacio Lula da Silva
#Presiden Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan