awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AGC terima kertas siasatan kadet PALAPES Syamsul Haris minggu lalu
PM Anwar umum peruntukan tambahan RM5 juta untuk Zoo Negara
'Kedudukan saya dalam parti, kerajaan diumum pada PAU 2025’ - Akmal Saleh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Mesir tekad teruskan agenda penyatuan

Astro Awani
Astro Awani
02/07/2013
12:25 MYT
Presiden Mesir tekad teruskan agenda penyatuan
Presiden Mohamed Morsi dan penyokongnya menolak tempoh masa 48 jam diberikan pembangkang untuk mencari jalan penyelesaian kebuntuan politik negara itu yang membawa kepada protes besar-besaran anti-kerajaan.
Morsi bagaimanapun menegaskan untuk meneruskan agenda penyatuan sebagaimana dirancangnya sebelum ini demi menyelamatkan Mesir.
Kenyataan Presiden menyusul amaran tentera bahawa mereka akan campur tangan jika kerajaan tidak akur dengan kehendak rakyat.
Namun tentera menafikan bahawa kata dua itu adalah cubaan rampasan kuasa.
Perkembangan di Mesir itu semakin membimbangkan ketika beberapa menteri dan ahli parlimen menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai cerminan sokongan kepada bantahan rakyat di dataran Tahrir sejak tiga hari lepas.
Morsi dikatakan menerima tamparan hebat apabila sebelas menterinya bertindak meletak jawatan dalam kabinet.
Turut meletak jawatan ialah lapan ahli parlimen.
Antara yang letak jawatan termasuk Menteri Pelancongan Hisham Zaazou dan Menteri Perhubungan Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Atef Helmi.
Sebelum ini, pada Ahad jutaan rakyat di seluruh Mesir berhimpun bagi mendesak Presiden berundur.
Protes anti-kerajaan itu bertukar ganas dan menumpahkan darah apabila enam orang terbunuh.
Ibu pejabat parti Ikhwanul Muslimin juga turut dirempuh sekumpulan aktivis.
Protes itu dianggap terbesar dalam sejarah Mesir selain mengulangi kebangkitan rakyat semasa mahu menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak.
Topic Berkaitan
#Mesir
#Presiden Mohamed Morsi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan