Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan isteri Michelle hari ini mengucapkan salam Aidilfitri kepada umat Islam di seluruh dunia.
Dalam kenyataan Pejabat Setiausaha Akhbar White House, Obama berkata sejak bebarapa bulan lalu, umat Islam telah memuliakan agama mereka dengan berdoa, beribadah serta berpuasa selain menghabiskan masa dengan orang tersayang.
"Michelle dan saya mengucapkan salam (Aidilfitri) kepada umat Islam yang menyambut Aidilfitri di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia.
"Bagi berjuta-juta rakyat Amerika, Aidilfitri merupakan sebahagian daripada pelbagai tradisi Amerika dan saya berharap agar semua Muslim diberkati dan penuh kegembiraan. Salam Adilfitri," kata Obama.
Beliau berkata iftar di White House tahun ini, beliau bangga dapat menghabiskan masa dengan ramai rakyat Islam Amerika yang mana sumbangan mereka telah menyuburkan demokrasi dan mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat.
"Ramai daripada kita mempunyai peluang berbuka puasa dengan sahabat Islam dan rakan-rakan - satu tradisi yang mengingatkan kita untuk bersyukur serta menunjukkan belas kasihan kepada golongan kurang bernasib baik dalam kalangan kita, termasuk berjuta-juta rakyat Syria yang dipindah dan berjauhan dari keluarga serta orang tersayang, semasa Ramadan.
Menurut kenyataan itu, Obama berkata bagi membantu rakyat Syria ketika Aidilfitri ini, Amerika telah menyediakan bantuan makanan tambahan sebanyak AS$195 juta (RM643.6 juta) dan bantuan kemanusiaan lain, sekali gus menyaksikan sumbangan AS kepada rakyat Syria mencecah lebih AS$1 bilion (RM3.25 bilion), sejak krisis bermula.
Bernama
Thu Aug 08 2013
Syarikat penerbangan India terjejas selepas ratusan kru kabin tidak sihat
Puluhan penerbangan Air India Express terganggu selepas ratusan kru kabin secara tiba-tiba melaporkan diri tidak sihat.
Pesawat kargo mendarat cemas di Lapangan Terbang Istanbul
Sebuah pesawat kargo Boeing 763 melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Istanbul, Turki pada Rabu susulan masalah pada gear pendaratannya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Buku Ghannouchi mengenai demokrasi Islam penting untuk umat Islam - Maszlee
Maszlee berkata, wacana yang menyelubungi Islam dan demokrasi sering menjadi polemik dan penuh dengan salah faham.
Kerajaan Kelantan mahu kembalikan semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Perkara itu akan dibincangkan menerusi Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah pada 21 Mei ini.
Pantau Agenda Reformasi: Kajian UNICEF: Ranjau sepanjang jalan kemiskinan di KL
KPDN rampas coklat 'tiada minyak sawit' di Labuan
Peraturan berkenaan menetapkan bahawa sebarang pelabelan yang mendiskriminasi produk minyak sawit adalah dilarang.
Niaga AWANI: Pengambilalihan saham perluas rangkuman kewangan Sarawak
Pengambilalihan saham AffinBank oleh kerajaan Sarawak akan memperluas rangkuman kewangan negeri itu dan menjadikannya lebih dinamik bagi memenuhi keperluan ekosistem ekonomi semasa.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Indeks harga pengeluar perkhidmatan naik satu peratus
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) catat 115.8 mata pada suku pertama 2024, meningkat satu peratus sama seperti suku keempat 2023.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Pasaran saham Malaysia catat prestasi terbaik di Asean
Bursa Malaysia menjadi pasaran saham terbaik di Asean dengan indeks FBM KLCI menyaksikan kenaikan dari awal tahun sehingga 7 Mei 2024 sebanyak 10.4 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kajian UNICEF: Pendapatan isi rumah melonjak, kemiskinan masih ketara
Biarpun ini menandakan pemulihan yang ketara dalam usaha menangani kesan ekonomi akibat pandemik, kemiskinan masih ketara, terutamanya dalam kalangan wanita, kanak-kanak, dan individu kurang upaya (OKU).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Presiden Obama ucap salam Aidilfitri kepada umat Islam
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan isteri Michelle hari ini mengucapkan salam Aidilfitri kepada umat Islam di seluruh dunia.