awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN rampas coklat 'tiada minyak sawit' di Labuan

Bernama
Bernama
08/05/2024
10:47 MYT
KPDN rampas coklat 'tiada minyak sawit' di Labuan
Rampasan dilakukan selepas pihaknya menyerbu sebuah kedai serbaneka dan sebuah kedai bebas cukai di pusat bandar Labuan. -Foto KPDN
LABUAN: Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan merampas sejumlah coklat bernilai RM23,704.90 kerana disyaki berlabel 'No Palm Oil 'atau 'Tiada Minyak Sawit' pada pembungkusannya, Isnin lepas.
Pengarahnya Junaidah Arbain berkata rampasan dilakukan selepas pihaknya menyerbu sebuah kedai serbaneka dan sebuah kedai bebas cukai di pusat bandar Labuan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Larangan Penggunaan Pernyataan, Ungkapan Atau Petunjuk) (Keluaran Kelapa Sawit dan Barang-Barang Minyak Sawit) 2022.
Peraturan berkenaan menetapkan bahawa sebarang pelabelan yang mendiskriminasi produk minyak sawit adalah dilarang.
Jika sabit kesalahan, pihak yang terlibat boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.
"Rampasan ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam menegakkan peraturan yang bermatlamat menggalakkan amalan perdagangan adil dan melindungi kepentingan industri minyak sawit," katanya kepada Bernama hari ini.
Junaidah sehubungan itu menggesa orang ramai supaya melaporkan sebarang kejadian berkaitan pelabelan bersifat diskriminasi pada produk makanan kepada pejabat KPDN berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#No Palm Oil
#Tiada Minyak Sawit
#Junaidah Arbain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan