awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden, Perdana Menteri Taiwan mohon maaf atas kematian pelajar Malaysia

Fareez Azman
Fareez Azman
01/11/2020
09:44 MYT
Presiden, Perdana Menteri Taiwan mohon maaf atas kematian pelajar Malaysia
Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen memohon maaf kepada keluarga pelajar Malaysia yang ditemui mati dibunuh berhampiran Daerah Alian, di Kaohsiung. - Gambar fail
TAIPEI:Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen memohon maaf kepada keluarga pelajar Malaysia yang ditemui mati dibunuh berhampiran Daerah Alian, di Kaohsiung pada 28 Oktober lalu.
Memetik laporan Bernama, permohonan maaf itu dimaklumkan oleh jurucakap Pejabat Presiden Taiwan, Xavier Chang.
"Presiden Taiwan mengucapkan takziah dan memohon maaf kepada keluarga pelajar terbabit dan rakyat Malaysia atas kejadian itu," jelas laporan itu.
Insiden berkenaan jelasnya mencemarkan imej Taiwan sebagai negara yang selamat dan berjanji kejadian sama tidak akan berulang kata Tsai ketika berucap di dalam mesyuarat Pimpinan Tertinggi Keselamatan Kebangsaan di Taipei pada Sabtu.
Sementara itu, Perdana Menteri Taiwan, Su Tseng-Chang turut menzahirkan permohonan maaf bagi pihak kerajaan dan berjanji agensi berkaitan akan membantu keluarga mangsa.
Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa yang berusia 24 tahun berjalan di Stesen Keretapi berhampiran universiti terbabit pada pukul 8 malam (waktu tempatan) sebelum dilaporkan hilang.
Pihak berkuasa tempatan berjaya menahan seorang suspek bagi membantu siasatan. Siasatan awal, suspek mengaku telah membunuh mangsa menggunakan tali sebelum membuang mayat mangsa berhampiran Daerah Alian, di Kaohsiung.
Suspek kini disiasat atas kesalahan merogol dan membunuh mangsa. BACA: Pelajar Malaysia di Taiwan ditemui mati selepas 24 jam dilaporkan hilang
Topic Berkaitan
#CCTV
#Perdana Menteri
#Taiwan
#Presiden Taiwan
#keluarga mangsa
#Pelajar Malaysia ditemui mati
#dibunuh
#pelajar malaysia
#Taipei
#presiden
#Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan