awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden, PM Korea Selatan makan makanan laut ketika ramai bimbang kesan air sisa Fukushima

Bernama
Bernama
28/08/2023
12:17 MYT
Presiden, PM Korea Selatan makan makanan laut ketika ramai bimbang kesan air sisa Fukushima
Makanan laut juga dihidangkan di kafeteria pejabat presiden, kata pejabat presiden. - Gambar hiasan/REUTERS
SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Han Duck Soo menikmati hidangan makanan laut semasa mesyuarat makan tengah hari mingguan mereka pada Isnin bagi mempromosi keselamatan makanan laut susulan pelepasan air sisa radioaktif Jepun ke lautan.
Makanan laut juga dihidangkan di kafeteria pejabat presiden, kata pejabat presiden.
Pejabat presiden berkata pelbagai jenis makanan laut akan dihidangkan di kafeteria sepanjang minggu, bermula dengan hirisan ikan mentah dan ikan tenggiri panggang pada Isnin, lapor agensi berita Yonhap.
"Jumlah orang yang makan di kafeteria hari ini 1.5 kali lebih lebih ramai daripada biasa, termasuk ramai kakitangan yang membatalkan janji temu makan tengah hari mereka untuk makan di kafeteria," kata pejabat presiden dalam satu nota kepada pemberita.
Setiausaha kanan presiden bagi hal ehwal politik Lee Jin Bok dan setiausaha kanan akhbar Kim Eun Hye adalah antara yang menjamu selera, katanya. Kafeteria kehabisan ikan mentah awal kerana permintaan yang tinggi.
Keselamatan makanan laut menjadi isu utama selepas Jepun mula melepaskan air sisa radioaktif terawat ke lautan sejak minggu lepas dari loji kuasa nuklear Fukushima yang lumpuh, yang menurut kerajaan Jepun pelepasan itu tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan selagi ia dilakukan dengan cara yang selamat dari segi saintifik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#makanan laut
#sisa air Fukusima
#air sisa radioaktif Jepun
#Presiden Yoon Suk Yeol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan