awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
Personaliti TV Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Syria bertemu Putin di Sidang Kemuncak Sochi

Bernama
Bernama
18/05/2018
02:04 MYT
Presiden Syria bertemu Putin di Sidang Kemuncak Sochi
Vladimir Putin (kanan) bertemu Bashar al-Assad di bandar raya peranginan Sochi di Laut Hitam, Rusia, 17 Mei, 2018. Sputnik/Mikhail Klimentyev/Kremlin via REUTERS
Presiden Syria Bashar al-Assad bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis semasa perasmian Sidang Kemuncak Sochi, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pejabat media presiden Syria.
Menurut laporan itu, Putin mengucapkan tahniah kepada Assad di atas "kejayaan besar" yang dicapai oleh tentera Syria dalam memerangi keganasan.
Pemimpin Rusia itu berkata kejayaan tersebut telah mewujudkan keadaan yang sesuai untuk menyambung semula proses politik di Syria.
Sementara itu, Assad berkata banyak perubahan positif telah berlaku kerana kawasan yang dikuasai pengganas semakin mengecil.
Susulan perkembangan positif ini, beribu-ribu rakyat Syria telah kembali ke rumah masing-masing manakala berjuta-juta lagi dalam perjalanan pulang, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bashar al-Assad
#keganasan
#kejayaan
#pengganas
#politik
#Rusia
#Sidang Kemuncak Sochi
#Syria
#tahniah
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan