BEIJING: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencecah RMB28.49 trilion (kira-kira RM18.36 trilion) pada suku pertama 2023, menokok 4.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut Biro Statistik Negara (NBS).
Memetik laporan 'The Wall Street Journal', pemulihan ekonomi China akan merangsang ekonomi global tatkala pertumbuhan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah kini menjadi perlahan.
Prestasi ekonomi China itu hasil daripada pelaksanaan siri pendekatan di seluruh negara termasuk dasar fiskal yang efektif dan dasar monetari bersasar serta langkah-langkah bagi memantapkan pertumbuhan, pasaran pekerjaan dan menstabilkan harga barangan.
Menurut statistik, jualan runcit barangan pengguna naik 5.8 peratus pada suku pertama tahun ini, sekali gus menyaksikan perbelanjaan menyumbang sebanyak 66.6 peratus kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Bagi pelaburan sektor pembuatan, peningkatan berlaku pada kadar tujuh peratus dengan pelaburan dalam pembuatan berteknologi tinggi naik 15.2 peratus.
Pada masa sama, output automobil tenaga alternatif dan bateri tenaga suria masing-masing meningkat 22.5 peratus dan 53.2 peratus.
Ia turut memperlihatkan trend transformasi dan penaiktarafan ekonomi yang mampan dengan didukung momentum baharu.
Usaha konsisten China dalam memacu keterbukaan bertaraf tinggi juga menyuntik kedinamikan kepada aktiviti ekonomi.
Siri acara termasuk Forum Pembangunan China (CDF), Forum Asia Boao (BFA), Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) dan Pameran Import dan Eksport China atau 'Canton Fair' turut merapatkan lagi hubungan antara China dengan dunia.
Untuk tempoh sama, nilai import dan eksport perdagangan barangan China merekodkan RMB9.89 trilion (kira-kira RM6.37 trilion), menokok sebanyak 4.8 peratus.
Prestasi itu juga dianggap menyumbang kepada kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023
Pemulihan ekonomi China akan merangsang ekonomi global tatkala pertumbuhan AS dan Eropah kini menjadi perlahan. - Gambar fail/ Reuters
Malaysia alu-alukan kunjungan kapal Tentera Laut Jerman di Pelabuhan Klang
Kedua-dua kapal Tentera Laut Jerman itu adalah sebahagian daripada Indo-Pacific Deployment 2024 (IPD24).
Suami isteri dicekup SPRM buat tuntutan palsu kepada SESB
Suspek berusia antara 50 hingga 60-an itu masing-masing merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan bekas Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat swasta.
Garis badai bawa ribut petir, hujan lebat punca banjir di KL - MetMalaysia
Banjir kilat di sekitar ibu negara pagi ini berpunca daripada pergerakan garis badai yang membawa bersama ribut petir dan hujan lebat.
"Saya sebagai menterinya belum puas hati" - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad menyatakan rasa belum puas hati dengan pencapaian statistik penyakit tidak berjangkit, meskipun berlaku penurunan peratusan.
FBM KLCI ditutup tinggi berikutan belian dalam saham terpilih
Indeks Utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan pembelian sederhana dalam produk dan perkhidmatan pengguna.
Pergerakan tanah masih berlaku di Taman Melawati
Firdaus Azil membawakan perkembangan terkini kejadian tanah runtuh di Taman Melawati susulan hujan berterusan di ibu negara.
Banjir di Sungai Serai Hulu Langat belum surut
Khalish Kadir membawakan perkembangan terkini situasi banjir yang berlaku di Sungai Serai Hulu Langat susulan hujan berterusan.
Perkembangan banjir di Sarawak
Perkembangan kesiapsiagaan banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman.
Fadillah Sulaiman, Wartawan AWANI Borneo
Fadillah Sulaiman, Wartawan AWANI Borneo
[INFOGRAFIK] Aras air lebihi tahap bahaya
Aras air lebihi tahap bahaya
Bicara kes cedera, khianat Norjuma bermula April dan Mei tahun hadapan
Perbicaraan kes bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed yang didakwa menyebabkan kecederaan ke atas dua individu dan melakukan khianat, akan bermula pada April dan Mei tahun hadapan, di tiga Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Bukan 'budak kelas depan', TVET buka peluang 14 pelajar sambung pengajian di China
Seramai 14 pelajar dalam bidang TVET berlepas ke China untuk melanjutkan pengajian kemahiran tinggi di Tangshan Polytechnic University selama setahun.
China, EU masih belum capai penyelesaian yang boleh diterima bersama mengenai kes EV
Ia meskipun kemajuan penting telah dicapai dalam beberapa bidang, kata Kementerian Perdagangan China.
Lima syarikat China berminat labur di Taman Perindustrian TBB, Gerbang Nusajaya
Lima syarikat terkemuka itu mempunyai kepakaran dalam bidang berteknologi tinggi termasuk kejuruteraan dan sumber tenaga.
Kesepakatan Sidang Kemuncak Trilateral China, Jepun dan Korea Selatan sokong pertumbuhan syarikat pemula ASEAN - Anwar
Malaysia mengalu-alukan kesepakatan dicapai Sidang Kemuncak Trilateral kesembilan antara China, Jepun dan Korea Selatan.
'Love scam': 20 warga asing didakwa menipu
Seorang rakyat Taiwan dan 19 warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana didakwa melakukan pakatan jenayah penipuan berkaitan 'Love Scam'.
China zahir kebimbangan terhadap dasar sekatan AS
Menteri Perdagangan China Wang Wentao mengadakan perbualan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Gina Raimondo pada Selasa.
Durian Malaysia laris di China, LPNM perlu pikul peranan baharu - Mat Sabu
Fungsi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) perlu diperluas melihat kepada komoditi durian yang mendapat sambutan luar biasa di negara China ketika ini.
China penyumbang utama peningkatan ekonomi dunia bagi tempoh 1979-2023
Kadar pertumbuhan ekonomi China mencecah 8.9 peratus secara purata bagi tempoh dari 1979 hingga 2023.
3 maut dalam serangan pisau di Shanghai
Tiga orang terbunuh dan 15 yang lain cedera dalam serangan pisau di sebuah pasar raya di Shanghai pada Isnin.
Komputer Huawei tidak lagi akan menggunakan Windows
Ia akan digantikan dengan sistem operasi HarmonyOS Next yang sudah digunakan pada telefon pintar, tablet, jam tangan, TV dan skrin pintar.