awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program senjata Pyongyang: Amerika Syarikat kenakan sekatan

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2022
02:00 MYT
Program senjata Pyongyang: Amerika Syarikat kenakan sekatan
Peluru berpandu dilancarkan semasa ujian peluru berpandu hipersonik di lokasi yang tidak didedahkan di Korea Utara, 11 Jan 2022. Foto KCNA/REUTERS
AMERIKA Syarikat (AS) pada Rabu mengenakan sekatan ke atas enam warga Korea Utara, seorang warga Rusia dan sebuah firma Rusia.
Washington mendakwa kumpulan ini bertanggungjawab dalam pemerolehan bahan-bahan dari Rusia dan China untuk program senjata Pyongyang.
Sekatan juga dikenakan susulan siri pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara.
Menurut Jabatan Perbendaharaan AS, langkah itu bagi menyekat kemaraan Pyongyang dalam program senjata dan menghalang cubaannya memperkukuh teknologi persenjataan.
BACA: Peluru berpandu balistik: PBB kecam tindakan Korea Utara
BACA: Korea Utara lancar peluru berpandu lagi
BACA: Korea Utara: Ujian peluru berpandu hipersonik berjaya
Sekatan ini adalah yang pertama secara spesifik mensasarkan Korea Utara di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden.
Perkembangan ini berlaku ketika usaha Washington dan Pyongyang berunding dalam hal nuklear masih buntu.
Pelancaran peluru berpandu dan ujian nuklear Korea Utara adalah satu kesalahan di bawah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Ia juga dikecam beberapa negara lain termasuk Jepun.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Korea Utara
#peluru berpandu
#sekatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan