Protes bantah ICE, dasar imigresen Trump di Denver

Penunjuk perasaan berhimpun di Denver, Colorado pada Jumaat susulan membantah tindakan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) serta tindakan keras dasar imigresen yang dilaksanakan oleh Pentadbiran Presiden Donald Trump. - Gambar Reuters
DENVER: Penunjuk perasaan berhimpun di Denver, Colorado pada Jumaat susulan membantah tindakan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) serta tindakan keras dasar imigresen yang dilaksanakan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.
Penunjuk perasaan dilihat membawa bendera Palestin dan sepanduk, menyuarakan bantahan terhadap operasi imigresen persekutuan yang semakin intensif di seluruh negara.
Dalam pada itu, ribuan penunjuk perasaan turun ke jalan raya di Minneapolis untuk menuntut pengunduran ejen imigresen persekutuan dari Minnesota susulan insiden tembakan maut melibatkan dua warganegara Amerika Syarikat, Alex Pretti dan Renee Good.
Sementara itu, di California dan New York, pelajar serta guru bertindak meninggalkan kelas sempena hari protes kebangsaan, mencerminkan penentangan meluas terhadap dasar imigresen kerajaan persekutuan.
Demonstrasi itu berlangsung ketika pentadbiran Trump mengeluarkan kenyataan yang bercanggah berhubung kemungkinan melonggarkan Operasi Metro Surge di tengah-tengah tekanan awam yang semakin meningkat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


