Lebih 200 orang termasuk guru dan keluarga mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kementerian Pendidikan di Rom, Itali menggesa pembukaan semula sekolah dengan selamat pada September ini.

Mereka ingin sekolah dibuka dengan mengambil kira penjarakan sosial dalam bilik darjah dan pelaburan dalam sistem pendidikan.

Sekolah di Itali telah ditutup sejak 5 Mac susulan penularan COVID-19 yang semakin buruk.

Penunjuk perasaan ingin pengajaran dilakukan di sekolah dan bukan dalam talian pada September ini.

Sepanjang tempoh arahan tinggal di rumah di Itali, sekolah masih diteruskan di dalam talian, namun ada kekangan dari pihak guru dan keluarga.

Kumpulan ini mahu jumlah guru ditambah pada September untuk memastikan bilik darjah tidak padat.

Ia kini masih menunggu pelan dan perincian tentang bagaimana sekolah dapat beroperasi dalam normal baharu nanti.