Skip to main content

Malaysia

Konflik Asia Barat: Batik Air batal penerbangan Kuala Lumpur–Dubai

Batik Air
Batik Air membatalkan penerbangan bagi laluan Kuala Lumpur–Dubai susulan penutupan beberapa koridor ruang udara di Asia Barat. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Batik Air membatalkan penerbangan berjadual hari ini bagi laluan Kuala Lumpur–Dubai susulan penutupan beberapa koridor ruang udara di Asia Barat.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu, keputusan berkenaan dibuat sebagai langkah berjaga-jaga demi memastikan keselamatan operasi dan penumpang sentiasa menjadi keutamaan.

Advertisement

Batik Air memaklumkan pihaknya sedang memantau rapat perkembangan semasa serta menilai kesan situasi berkenaan terhadap ruang udara serantau dan operasi penerbangan. 

Tindakan tersebut juga selaras dengan panduan pihak berkuasa penerbangan berkaitan.

“Keselamatan operasi adalah keutamaan kami. Kami akan terus membuat penilaian berdasarkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa penerbangan awam dan rakan operasi,” menurut kenyataan itu pada Ahad.

Sehubungan itu kenyataan itu menjelaskan, penumpang yang terjejas akan dimaklumkan secara terus dan diberikan bantuan sewajarnya termasuk pilihan penjadualan semula penerbangan atau bayaran balik, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

"Bagi penumpang yang dijadualkan melakukan perjalanan ke destinasi berkenaan dalam masa terdekat, mereka dinasihatkan supaya sentiasa menyemak status penerbangan melalui laman web rasmi dan saluran komunikasi Batik Air.

"Syarikat penerbangan itu turut memaklumkan akan terus berkoordinasi rapat dengan pengawal selia penerbangan awam, pihak berkuasa lapangan terbang serta rakan operasi dan akan mengeluarkan maklumat lanjut dari semasa ke semasa," jelas kenyataan itu.

Must Watch Video