Protes tercetus di Paris sebagai membantah keganasan polis dan ketidakadilan kaum di negara itu.

Demonstrasi itu diadakan sempena ulang tahun kematian Adama Traore sejurus ditahan polis pada 2016 serta sebagai menunjukkan solidariti kematian George Floyd semasa ditahan polis di Amerika Syarikat (AS).

Protes yang bermula secara aman itu bertukar ganas selepas polis antirusuhan bertindak melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan bantahan.

Protes itu diadakan beberapa hari selepas beberapa pakar perubatan mengaitkan kematian itu kerana masalah jantung.

Keluarganya mendakwa Traore mati akibat sesak nafas berikutan kekasaran polis semasa menahannya.

Kes Traore telah menjadi simbolik kepada kumpulan aktivis di Perancis ke atas kekejaman kekejaman polis di negara itu.