awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM ikat The City Boys 1-1
Lelaki Myanmar maut dengan kesan tikaman, 2 suspek ditahan
Pengerusi Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Indonesia dan dua pegawai utama meletak jawatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Provinsi selatan China siaga hadapi Taufan Wipha yang memasuki Laut China Selatan

Bernama
Bernama
19/07/2025
21:20 MYT
Provinsi selatan China siaga hadapi Taufan Wipha yang memasuki Laut China Selatan
Menurut Perkhidmatan Meteorologi Hainan, Taufan Wipha dijangka bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan kira-kira 20 kilometer sejam sambil terus menguat. --fotoBERNAMA
HAIKOU: Dua wilayah selatan China, Hainan dan Guangdong, diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga apabila Taufan Wipha memasuki Laut China Selatan, membawa angin kencang dan hujan lebat ke kawasan berkenaan, lapor Xinhua.
Wilayah Hainan mengaktifkan tindak balas kecemasan Tahap IV pada 9 pagi Sabtu, manakala Guangdong menaikkan tahap responsnya daripada Tahap IV kepada Tahap II pada 11 pagi.
Menurut Perkhidmatan Meteorologi Hainan, Taufan Wipha telah meningkat daripada ribut tropika kepada ribut tropika kuat pada awal pagi Sabtu. Pada 8 pagi, pusat taufan itu dikesan di timur laut Laut China Selatan, kira-kira 930 kilometer ke timur Bandar Wenchang di Hainan.
Agensi itu menjangkakan Wipha sedang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan kira-kira 20 kilometer sejam sambil terus menguat. Ia sedang menghampiri kawasan pesisir dari Shenzhen di Guangdong hingga ke Wenchang di Hainan, dan dijangka membadai daratan antara petang hingga malam Ahad.
Akibat kesannya, dari Sabtu hingga 22 Julai, kebanyakan kawasan laut dan daratan di Hainan akan mengalami hujan lebat dan angin kencang. Selain itu, Selat Qiongzhou yang menghubungkan Guangdong dan Hainan dijangka mengalami penggantungan perkhidmatan perkapalan yang berpanjangan dari Ahad hingga 22 Julai.
Ibu negeri Hainan, Haikou, dijangka mengalami banjir serius, manakala Guangdong pula bersiap sedia menghadapi ribut petir, angin kencang dan ombak besar.
Selain itu, Guangdong juga telah menempatkan kapal penyelamat khas, helikopter, kapal tunda berkuasa tinggi serta kapal pembersih dalam keadaan siap sedia.
China mempunyai sistem tindak balas kecemasan empat peringkat bagi taufan, dengan Tahap I merupakan tahap paling kritikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taufan Wipha
#Laut China Selatan
#China
#ribut petir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan