Parti Pekerja yang merupakan satu-satunya parti pembangkang yang memenangi kerusi di Parlimen Singapura dalam Pilihan Raya Umum ke-18 (PRU-18) dilihat sebagai party of the future kerana berjaya 'menawan' pengundi muda.
Felo Kanan Adjung, Nanyang Technological University, Singapura, Profesor Emeritus Dr Johan Saravanamuttu Abdullah berkata, keputusan PRU-18 negara jiran itu yang diadakan pada Jumaat jelas menyaksikan corak peratusan pengundian parti pembangkang meningkat kepada 40 peratus berbanding 30 peratus pada PRU yang lalu.
"Ini bermakna hampir separuh, iaitu kira-kira 40 peratus daripada rakyat Singapura menolak kerajaan Singapura dengan memilih parti-parti pembangkang dan golongan paling besar yang memilih parti-parti pembangkang adalah pengundi muda.
"Ini adalah angin baharu dalam landskap politik Singapura apabila sokongan pengundi muda semakin beralih kepada pembangkang," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Sabtu.
BACA: PRU Singapura: Rakyat tidak akan lihat perubahan ketara dalam lima tahun
Dengan perkembangan yang sama, Johan Saravanamuttu berpendapat, keputusan pilihan raya itu membawa harapan besar kepada parti-parti pembangkang terutamanya Parti Pekerja yang dipimpin oleh Pritam Singh dan golongan muda.
Parti Pekerja mempertahankan enam kerusi di kawasan pilihan raya perwakilan kumpulan (GRC) Aljunied lima anggota dan kawasan pilihan raya perwakilan tunggal (SMC) Hougang serta menang kerusi baharu di GRC Sengkang empat anggota.
Sementara itu, beliau berkata, antara isu yang ditimbulkan oleh parti pembangkang ketika pra pilihan raya adalah mengenai pekerja profesional warga asing di bahagian pengurusan, eksekutif dan teknikal yang mewakili sebahagian besar pekerja di negara itu.
Katanya, pekerja dari India menjadi penyumbang terbesar sektor pekerjaan profesional diikuti Malaysia, Filipina dan Indonesia.
"Saya berpendapat selepas ini, People's Action Party (PAP) yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Lee Hsien Long berkemungkinan besar akan mengkaji semula dasar terhadap pekerja asing di negara itu," ujarnya.
PAP kekal berkuasa dalam pilihan raya umum Singapura pada Jumaat dengan memenangi 83 daripada 93 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Parti itu memperoleh 61.24 peratus undi popular, membuatkan Setiausaha Agungnya, Lee Hsien Loong, Perdana Menteri sementara, menyifatkan kemenangan itu sebagai mandat yang jelas.
Umavathi Ramayah
Sat Jul 11 2020
Dr Johan Saravanamuttu Abdullah berkata, kira-kira 40 peratus daripada rakyat Singapura menolak kerajaan itu.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Saintis Singapura ubah sisa kulit durian jadi pembalut antibakteria
Teknologi yang digunakan itu juga boleh mengubah sisa makanan lain, seperti kacang soya dan bijirin, menjadi hidrogel.
PRU Singapura: Golongan muda tolak kerajaan - Dr Johan Saravanamuttu
Parti Pekerja dilihat sebagai party of the future kerana berjaya 'menawan' pengundi muda.
Pasukan Singapura juara CIMB ASEAN Stock Challenge 2015
Pasukan The Abnormals dari Singapura dinobatkan sebagai juara serantau CIMB ASEAN Stock Challenge 2015.