Skip to main content

Dunia

Kawasan sekitar Kedutaan AS di Qatar dikosongkan

The area around the US embassy in Qatar has been evacuated, authorities said on Thursday, reported Germman Press Agency
Menurut Kementerian Dalam Negeri Qatar, penginapan yang sesuai disediakan untuk penduduk di bangunan berhampiran yang turut dipindahkan. - Foto Kementerian Dalam Negeri Qatar

DOHA: Kawasan sekitar Kedutaan Amerika Syarikat di Qatar dikosongkan, menurut pihak berkuasa pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Penduduk di bangunan berhampiran turut dipindahkan sementara ke tempat selamat sebagai langkah berjaga-jaga, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Qatar.

Advertisement

Penginapan yang sesuai turut disediakan untuk mereka, menurut kementerian itu lagi.

Pihak berkuasa pada peringkat awal tidak memberikan butiran lanjut mengenai sebab pemindahan.

Sejak bermulanya perang pada Sabtu, tentera Iran beberapa kali melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Qatar.

Menteri Luar Iran Abbas Araghchi bagaimanapun berkata serangan itu hanya menyasarkan “kepentingan AS di Qatar.”

Namun menurut pihak berkuasa Qatar, beberapa peluru berpandu turut mengenai kawasan awam dan kawasan perumahan di negara itu.

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video