awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS puji Anwar jayakan gencatan senjata Thailand-Kemboja

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2025
16:23 MYT
AS puji Anwar jayakan gencatan senjata Thailand-Kemboja
Marco Rubio berkata, pihaknya menyambut baik pengisytiharan gencatan senjata yang diumumkan kedua-dua negara terbabit di Kuala Lumpur. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan perjanjian gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat antara Thailand dan Kemboja.
Setiausaha Negara AS, Marco Rubio dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Negara berkata, pihaknya menyambut baik pengisytiharan gencatan senjata yang diumumkan kedua-dua negara terbabit di Kuala Lumpur.
"Kami amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Anwar atas kepimpinan beliau dan kerana menjadi tuan rumah rundingan gencatan senjata ini,” katanya di sini, pada Isnin.
Rubio turut menggesa Thailand dan Kemboja supaya mematuhi sepenuhnya komitmen yang telah dibuat bagi menamatkan konflik dan mengelakkan ketegangan lanjut di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian.
"Presiden Donald Trump dan saya komited terhadap penghentian segera keganasan dan mengharapkan kerajaan Thailand dan Kemboja benar-benar menghormati segala persetujuan untuk menamatkan konflik ini," tambahnya.
Beliau turut memberi jaminan yang AS akan terus komited dan terlibat dalam proses rundingan bersama Malaysia bagi mencari penyelesaian damai.
"Justeru, kami menggesa semua pihak terlibat supaya melaksanakan segala komitmen yang dipersetujui,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#gencatan senjata
#Marco Rubio
#Kemboja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan