awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Boracay ditutup untuk pelancongan bermula 26 April ini

Agensi
Agensi
05/04/2018
10:29 MYT
Pulau Boracay ditutup untuk pelancongan bermula 26 April ini
Pulau Boracay terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara kerana keindahan semulajadinya dengan anggaran pendapatan kira-kira AS$1 bilion setiap tahun.
Pulau Boracay akan ditutup sebagai destinasi pelancongan bermula 26 April ini.
Keputusan itu dibuat Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.
Duterte meluluskan penutupan Boracay sebagai destinasi pelancongan selepas menyatakan perairan di pantai pulau terbabit kotor ibarat "lubang sampah" disebabkan oleh kesesakan dan pembangunan.
Impak penutupan terbabit turut dibincangkan Duterte bagi membela nasib hampir 17,000 pekerja pelancongan di pulau terbabit.
Setiausaha Pelancongan Filipina, Frederick Alegre berkata antara langkah awal yang dibincangkan adalah dengan memindahkan kesemua pekerja terbabit ke tanah besar.
Pulau Boracay terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara kerana keindahan semulajadinya dengan anggaran pendapatan kira-kira AS$1 bilion setiap tahun.
Namun hasil kajian yang dibuat kerajaan mendapati pengabaian kebersihan di pulau terbabit telah mengakibatkan ancaman kepada Boracay dan jika diteruskan ia mungkin akan menjadi pulau mati.
Februari lalu, Duterte berkata air luat di Boracay telah menjadi "lubang sampah" dengan sisa manusia yang dilepaskan ke laut.
BACA: Presiden Duterte sokong penutupan Pulau Boracay
BACA: Air laut bau najis, Duterte arah tutup Pulau Boracay
Topic Berkaitan
#air
#Boracay
#Filipina
#kabinet
#kerajaan
#pelancong
#pelancongan
#Rodrigo Duterte
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan