awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan pekerja India maut dalam kebakaran bangunan di Kuwait

Bernama
Bernama
12/06/2024
14:43 MYT
Puluhan pekerja India maut dalam kebakaran bangunan di Kuwait
Kebakaran itu berlaku pada sebelah pagi di bangunan yang menempatkan kira-kira 200 pekerja, kebanyakannya warga India, di kawasan Mangaf. - Reuters
NEW DELHI: Puluhan pekerja India terbunuh dan ramai lagi cedera dalam kebakaran sebuah bangunan kediaman di Kuwait pada Rabu.
Kebakaran itu berlaku pada sebelah pagi di bangunan yang menempatkan kira-kira 200 pekerja, kebanyakannya warga India, di kawasan Mangaf, selatan Bandaraya Kuwait, menurut laporan media Kuwait.
"Sangat terkejut dengan berita kejadian kebakaran di Bandaraya Kuwait. Dilaporkan lebih daripada 40 kematian dan lebih 50 orang telah dimasukkan ke hospital.
"Duta kita telah pergi ke lokasi kejadian. Kami sedang menunggu maklumat lanjut," kata Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar.
Sementara itu, Jurucakap Kementerian Luar India, Randhir Jaiswal berkata Kirti Vardhan Singh, seorang Timbalan Menteri Luar "segera berlepas ke Kuwait untuk menyelia bantuan kepada mereka yang cedera dalam tragedi kebakaran dan untuk menyelaraskan dengan pihak berkuasa tempatan bagi penghantaran pulang jenazah mereka yang terkorban dalam insiden malang ini."
Sekurang-kurangnya 43 yang cedera dirawat di beberapa hospital, menurut satu laporan dari Kuwait.
Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Dalam Negeri Kuwait, Sheikh Fahd Al Yousef, dan pegawai lain melawat lokasi kebakaran.
Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran
Kira-kira dua pertiga daripada 4.8 juta penduduk Kuwait terdiri daripada penduduk asing dan jumlah warga India adalah kira-kira satu juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#bangunan terbakar
#Kuwait
#pekerja india
#mangsa korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan