awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan ribu lelaki berisiko alami pembesaran payu dara

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2022
03:40 MYT
Puluhan ribu lelaki berisiko alami pembesaran payu dara
Dianggarkan sejuta lelaki dan wanita di United Kingdom (UK) menggunakan steroid anabolik - untuk kelihatan lebih berotot dan sihat. - Gambar hiasan
LONDON: Ramai orang idamkan tubuh yang sihat dan bagi lelaki, mereka idamkan tubuh yang kekar atau 'sado' kata orang muda sekarang dan wanita pula, dambakan badan yang ramping.
Justeru, mereka sanggup habiskan masa berjam-jam sehari untuk bersenam termasuk di gimnasium malah ada juga yang mengambil steroid untuk kesan lebih pantas.
Begitupun, pengambilan steroid secara salah ada kesannya dan menurut laporan Daily Mail, puluhan ribu lelaki warga Britain mengalami risiko pembesaran payu dara.
Dianggarkan sejuta lelaki dan wanita di United Kingdom (UK) menggunakan steroid anabolik untuk kelihatan lebih berotot dan sihat, yang mana trend itu mula meningkat sejak sedekad lalu.
Antara kesan sampingan paling biasa berlaku akibat penggunaan steroid yang salah dalam kalangan lelaki adalah pembesaran tisu payu dara, dikenali sebagai ‘gynaecomastia’ dalam istilah perubatan.
Pakar bedah di Klinik Signatures, Dr John Skevofilax mendakwa, jumlah pesakit lelaki yang hadir untuk menjalani pembuangan mengecilkan payu dara akibat penyalahgunaan steroid semakin bertambah.
"Saya sudah menjalankan lebih 600 pembedahan gynaecomastia sejak 2020 dan saya percaya masih ramai yang berdepan masalah itu tetapi enggan mendapatkan rawatan kerana malu.
“Puluhan ribu lelaki berdepan risiko mengalami gynaecomastia kerana mereka sering mengambil dadah perangsang.
“Kebanyakan kes, mereka tidak merujuk kepada pakar perubatan sebelum mengambil bahan tersebut,” katanya seperti dilaporkan Daily Mail.
Gynaecomastia berlaku apabila terdapat banyak estrogen yang merupakan hormon wanita di dalam badan lelaki.
Masalah itu juga boleh berlaku apabila golongan lelaki berhenti sepenuhnya menggunakan steroid, selain mengalami masalah berat badan.
Topic Berkaitan
#steroid
#payu dara
#gimnasium
#kesan sampingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan