awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan terkorban Taufan Daniel landa Libya

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2023
01:00 MYT
Puluhan terkorban Taufan Daniel landa Libya
Keadaan banjir yang dilaporkan di Beida, Derna dan Tobruk susulan Taufan Daniel yang melanda Libya pada Ahad. - Foto Twitter/@LibyanIntegrity
KERAJAAN Libya mengumumkan penutupan sementara empat pelabuhan minyak utama susulan Taufan Daniel yang melanda kawasan utara negara itu pada Ahad.
Pelabuhan terjejas termasuk Ras Lanuf, Zueitina, Brega dan Es Sidra yang dijangka akan ditutup sekurang-kurangnya tiga hari.
Pusat Kaji Cuaca Rantau Arab memberi amaran taufan berkenaan akan menyebabkan hujan lebat dan angin kencang dengan kelajuan sehingga 180 kilometer sejam di Benghazi, Al-Marj, Al-Bayda, Shabat, Derna dan Tobruk.
Kejadian banjir dan tanah runtuh juga dijangka akan berlaku di kawasan tersebut.
Rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan hujan lebat melanda Al-Marj dan usaha mencari dan menyelamat mangsa yang terkandas di kediaman masing-masing sedang giat dilakukan.
Puluhan mangsa dilaporkan lemas dalam kejadian itu namun pihak berkuasa tempatan belum lagi mengesahkan angka korban sebenar.
Media tempatan melaporkan beberapa bungunan runtuh serta pokok tumbang di Benghazi.
Ketua Pusat Meteorologi Kebangsaan, Muhyeddine Ali, memaklumkan kelajuan angin taufan itu akan berkurangan pada Isnin namun menggesa orang ramai untuk mengambil langkah keselamatan.
Taufan Daniel dijangka akan bergerak menuju ke Mesir pada Selasa melintasi beberapa kawasan sempadan termasuk Jaghbub.
Topic Berkaitan
#Taufan Daniel
#hujan lebat
#angin kencang
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan