awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pungutan suara: rakyat Switzerland lulus cukai minimum syarikat korporat

Bernama
Bernama
19/06/2023
13:33 MYT
Pungutan suara: rakyat Switzerland lulus cukai minimum syarikat korporat
Pejabat Cukai Persekutuan Switzerland menganggarkan bahawa hasil daripada cukai tambahan itu ialah 1-2.5 bilion Swiss Franc. - Gambar fail/Fedor Selivanov/hutterstock.com
ZURICH: Penduduk Switzerland pada Ahad meluluskan pengenalan kadar cukai minimum 15 peratus terhadap syarikat multinasional besar, lapor Sputnik.
Menurut keputusan pungutan suara, 78.45 peratus mengundi menyokong inisiatif itu manakala 21.55 peratus lagi menentang.
Switzerland pada April memutuskan untuk menyertai projek 140 negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dan G20 mengenai cukai minimum perusahaan multinasional besar.
Matlamat projek itu adalah untuk membuat syarikat tersebut membayar sekurang-kurangnya 15 peratus cukai pendapatan jika perolehan tahunan mereka melebihi 750 juta Swiss Franc (US$839 juta).
Pejabat Cukai Persekutuan Switzerland menganggarkan bahawa hasil daripada cukai tambahan itu ialah 1-2.5 bilion Swiss Franc.
Rakyat Switzerland juga menyokong teks undang-undang iklim persekutuan yang bertujuan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di Switzerland kepada sifar menjelang 2050.
Kira-kira 59 peratus mengundi menyokong undang-undang itu, manakala hampir 41 peratus lagi mengundi menentangnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Switzerland
#undang-undang
#gas rumah hijau
#cukai pendapatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan